Artis / Selebriti
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
Video Ajai buat kejutan menjemput Thalita menyanyi di Konsert Ajai & Mega Friends di Singapura buat ramai tersentuh. Terkejut Thalita bila buka sampul surat tu, macam tak percaya dapat menyanyi satu konsert dengan Dayang Nurfaizah, Aina Abdul dan ramai lagi..
Baru-baru ini viral video satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Thalita menyanyi secara busking di Bukit Bintang. Lebih 5000 penonton yang menghadiri dan menyaksikan sendiri Thalita membawakan lagu Kesetiaan dan juga Kekasih Bayangan.
Yang terbaru, Shuib telah berkongsi video Thalita bersama penyanyi dan komposer terkenal tanah air iaitu Ajai. Menerusi video itu, Ajai telah memberikan satu sampul surat yang tertera nama Thalita. Siapa sangka, rupa-rupanya ianya adalah jemputan untuk Thalita menyanyi di Konsert Ajai & Mega Friends di Singapura nanti.
Thalita kelihatan terkejut dan tergamam apabila melihat isi surat itu. Pastinya Thalita tidak sangka akan menyanyi dengan barisan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Asmidar dan beberapa penyanyi lagi.

Apabila ditanya, Thalita mengatakan sangat gembira dan tidak takut bakal menyanyi di Singapura di hadapan ribuan penonton nanti. Menurut Ajai, Thalita akan diberi latihan vokal sebelum menjelang konsert besar itu. Siapa sangka, kini Thalita akan berlatih dengan salah seorang insan yang pernah mengajar arwah ibunya dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini membuatkan ramai yang tumpang gembira dalam masa yang sama tersentuh hati. Antara komen-komen yang ditinggalkan :
” Dulu uncle ajai bg pluang kt ibu talita skarang talita pulak diajarnya.. hppy tgok.. We proud for you.. Dia gelak dah macam arwah mak dia juga.. “
” Congratulations !! We will always behind you.. Bila ni .. kita nak pegi support.. Woahh thalita go international.. Tahniah DEKTA… kenapa akak plak yg sedih ni.. “
” Alaaa sedih laaa.. thalitaa syg.. semoga terus berjayaa.. ibumu mesti sgt bangga.. Ne yg kami tgu kn lgi² abg ajai ajak.. All the best dekta.. “
” Waa Tahniah Thalita… Ibu will proud to u.. Fly high baby.. Tertggu2 ajai dtg support talita, finally.. pengganti ibu.. go go dekta.. “
” Dulu byajai naikkan nama ibunya dgn lagu² yg sgt hebat.. kini giliran anaknya pula.. tahniah dekta #thalita .. Dah knp aku yg sebak semacam ni.. “
” Penat la nak menangis gini, so proud of you adik.. Tahniah dekta.. Keep up the good work dekta sayang.. Terima kasih Ajai.. Ya allah airmata lagiii.. “
” Kita akan datang kerana awak thalita.. Layak jadi Tenaga pengajar utk Thalitha.. congrats Dekta. Sebak pulak aunty rasa.. Fly high Thalita.. “

Siapa sangka, bak kata Ajai, dari show yang ‘paling murah’, kini Thalita bakal menyanyi di show paling mahal sebaris dengan artis-artis hebat tanah air. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan detik Thalita membuat persembahan di Singapura nanti. Terima kasih Ajai bagi peluang pada Thalita. All the best untuk Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

