Artis / Selebriti
” Haru macam mengeja dah ni Ammar. Jenuh aku fikir apa dia nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Dato’ Alif Syukri bersama Datin Shahida dan anak-anak bermain teka lagu buat warganet terhibur. Lawak betul bila Ammar yang kena menyanyi. Auto jadi mengeja dan membaca. Mengekek gelak tengok Ammar..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hijabista.hub, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan 2 orang anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra bermain permainan teka lagu berdasarkan lirik yang diberikan.
Ammar diberikan peranan sebagai penyanyi dan perlu menyanyikan lagu-lagu yang didengarnya. Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Qadejah pula perlu meneka tajuk lagu berpandukan lirik lagu yang dinyanyikan oleh Ammar. Kecoh jadinya apabila permainan ini dimulakan.
Ammar seorang anak teruna yang pemalu dan tidak banyak mulut seperti Qadejah. Apa yang mencuit hati warganet adalah cara Ammar menyanyi. Bukan menyanyi tetapi lebih kepada membaca. Suara pun langsung hilang rentak dan iramanya, sudah seperti cara abahnya menyanyi.

Datin Shahida dan Cess seperti biasa lincah dan lebih arif mengenai lagu-lagu lama. Dato’ Aliff sempat mengajar Ammar untuk menyanyi tetapi sayangnya Ammar tidak mendengar kerana telinganya ditutup dengan headphone. Dari ayah dan mak sampai ke anak-anak, semuanya kelakar dan menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku dok ulang-ulang sambil terkekek sorang2.. dari murung bertukar ceria.. Ty family dato sri alif.. “
” Masalahnyaaa mmg sefamily kaaaaaaaa sama tone.. hahah memang lawak lah Amar ni.. copy paste papa dia jugak.. “
” Hahaha bapak nya ajar tu dia tak dgr pula hahah.. hanya mak-mak je yang faham anak.. lucu la tengok family ni.. datin memang pickup, laju je menangkap.. “
” Hahaha Aku Rasa hanya mama sorg je kot suara sedap.. masalahya memang satu family ka sama tone. aku nk ketawa berguling guling tengok si ammar ni menyanyi.. “
” Ammar, menyanyi Ammar bukan membaca.. Hadoi anak teruna ni.. selain cess, ammar pun dato alip kuasa dua.. “
” Haru macam mengeja dah ni Ammar. Jenuh aku fikir apa dia nyanyi haha.. comel je satu family ni.. “
” Trauma lagi tu dengan lagu serbuk arang gigi dherbs haha.. Ammar ni jenis lurus.. Terhibur sakit perut.. 1 family boleh masuk raja lawak.. “
Gelagat Ammar sememangnya mencuit hati, disuruh menyanyi tetapi Ammar seperti membaca pula. Mujurlah mamanya seorang yang bijak dan cepat menangkap lirik lagu apa yang disebutkannya itu. Bukan Dato’ Aliff sahaja yang lawak, Ammar pun mewarisi sikap papanya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hijabista.hub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

