Artis / Selebriti
” MasyaAllah ada tarannum Datuk baca tu, Hijaz.. ” – Ustaz Ahmad Tarmizi
Tampil Secara Live Bersama Geng Mengaji Saluran Astro Oasis, Alunan Suara Dato’ Siti Nurhaliza Memuk4u Semua Pendengar. Tarannum Dan Lagunya Merdu Sekali. Terbaik Tokti !!
Rancangan Sahabat Ramadhan yang mula bersiaran mulai 24 April sehingga 23 Mei 2020 di saluran Astro Oasis menampilkan Ustaz Fakhrul, Farhatul dan Ustaz Ahmad Tarmizi sebagai hos. Setiap hari penonton akan disajikan dengan bacaan live dari artis dan selebriti terpilih untuk sama-sama mengaji.
Antara artis-artis yang dijemput adalah Bell Ngasri, Amira Othman , Ernie Zakri , Ashraff Muslim dan ramai lagi. Salah seorang daripada artis yang bertuah adalah Dato’ Siti Nurhaliza. Dato’ Siti yang sememangnya sedang mendalami ilmu tarannum dan lenggok bacaan Alquran mempersembahkan bacaan yang cukup memukau.
Sebagaimana terpegunnya mendengar Dato’ Siti menyanyi di pentas nyanyian, mendengar Dato’ Siti mengaji lebih hebat daripada itu. Sungguh mengasyikkan dengan lenggok suaranya yang lemak merdu itu. Tarannum yang dipersembahkan juga buat para hos mengucapkan SubhanAllah.

Menerusi akaun Instagram Rozi Abdul Razak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Siti bersiaran secara live bersama Geng Mengaji di saluran Astro Oasis. Memperdengarkan sepotong ayat dari surah Al Lokman, bacaan Dato’ Siti buat hosnya Ustaz Fakhrul, Farhatul dan Ustaz Ahmad Tarmizi sendiri terpegun. Wah hebat Dato’ Siti !!
Jom tonton video di bawah :
Kehebatan suara Dato’ Siti ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen :
” Alhamdulillah… Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt… Aamiin.. “
” Tahniah tokti.. Menyanyi merdu, mengaji sedap.. “
” Tokti bagi ucapan macam menang anugerah, tersusun cantik!.. “
” Masyaa Allah.. Indah.. “
” Ya Allah, sedapnya tokti mengaji.. “
” Alhamdulillah kurniaan Allah terhadap Tokti. Nikmat yang tak semua orang dapat. …. Allahuakbar.. “
” Tahniah Dato’ Siti … Tercapai juga hasrat saya nak dengar Datuk CT ngaji.. Dan MasyaAllah ada tarannum datuk baca tu, Hijaz. Moga impian Datuk CT tercapai 1 hari nanti Aamiiiiin… “
” InsyaAllah satu hari nanti Tokti boleh muncul sebagai wakil Malaysia atau membuat persembahan pembukaan di Majlis Tilawah Antarabangsa.. “
” Tahniah Tokti. Naik bulu roma dengar… “
Bacaan yang sangat sempurna lengkap dengan tarannumnya yang memukau telinga pendengar. Tidak hanya di pentas nyanyian, malah mengaji juga suara Dato’ Siti memang terbaik. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga impian Dato’ Siti untuk lebih mendalami tarannum dipermudahkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozi Abdul Razak, IG Dato’ Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

