Connect with us

Artis / Selebriti

” Mata Que tak kedip langsung tenung Faz. Aduhai aku yang cair.. ” – Komen Netizen

Video behind the scene Sambal Kahwin Fazura dan Que Haidar buat warganet tersenyum sendiri. Amboi Que, mata tu tak lepas merenung Fazura eh. Blushing tengok.. 

Bermula dari kolaborasi bersama Jakel, pasangan sensasi, Fazura dan Que Haidar tampil pula dengan kolaborasi Sambal Kahwin. Produk sambal yang dijual oleh Fazura bergabung bersama sambal keluaran Que, maka terhasillah iklan Sambal Kahwin FazQue.

Menerusi perkongsian di tiktok Aku.mj001, telah dikongsikan satu video yang memaparkan behind the scene iklan tersebut. Bagi yang telah menonton iklan tersebut, pastinya bahagia dengan lakonan hebat daripada 2 pelakon hebat ini. Lakonan yang semulajadi dan masing-masing membawa karakter dengan cukup baik.

Menerusi video ini, warganet disajikan kejadian sepanjang pembikinan iklan tersebut. Fazura kelihatan sedang menyiapkan Que dan mengemaskan jaket yang dipakai oleh Que. Apa yang menarik perhatian warganet adalah cara Que merenung wajah Fazura ketika itu.

Tidak berkelip mata Que memandang wajah jelita Fazura itu. Ramai yang merasakan seakan-akan Que sudah jatuh hati pada Fazura. Warganet juga mendoakan agar pasangan ini berjodohan kerana mereka kelihatan serasi dan ada chemistry yang kuat apabila bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

@aku.mj001

BTS sambal kahwin FazQue…🤗 video penuh kat IG: fazbulouswarriorofficial #quehaidar #missfazura #fazura #QueLaFaz #fypage

♬ bunyi asal – manusia jadian – manusia jadian

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Que mmg dah jatuh cinta kat Faz ke.. Tenung je Faz.. rasanya dr dulu time gol n gincu tp masing masing berjodoh dgn org lain.cinta tu dah lama hadir dan skrg masa yg tepat kot.. “

” Mata Que tak kedip langsung tenung faz.. Makin menekan2 ehh mereka berdua… Aku ni cpt baran kalau xjd kawin nnt hehe.. “

” Tenung tenung.. naik koyak dah ni asyik senyum sorang tengok fazque ni. 6x ulang dh ni duk ulng tgok que tenung faz aihhhhh.. “

” Faz ni mcm Bella; kalau dah suka, sanggup berkorban& tolak semua kekurangan. However, Faz is a very firm lady & never ever cross the limit.. “

” Kenapa aku tgk berulang-ulang ..semut hadir kerana ada manisan nye di sini.. que suka tenung faz ea.. sayang sangat tu.. que pnya tenung faz tu skali kita yg tgk blushing.. “

” Sepadan.. they look happy and that shud be enough…this is their life doa saja la yg baik2 as long both happy.. “

” Faz kena tenung, aku yang blushing.. Que tenung fazzzzz aduhaiiii aku yg cairrr.. sepadan MCM Pinang di belah 2 semoga berjodoh amin.. “

Siapa sahaja yang tidak blushing melihat renungan Que terhadap Fazura. Ramai pula yang tersengih sendiri melihat BTS sambal kahwin FazQue ini. Apa-apa pun, semoga usahasama Faz dan Que ini membuahkan hasil dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Jika ada jodoh, tidak mustahil FazQue bersatu, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok aku.mj001 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: hiburan | olahraga | teknologi | ekonomi | berita | pendidikan