Artis / Selebriti
” Meleleh air mata aku weh. Ajai pun terpegun sampai ternganga mulutnya dengar suara Hadie.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Hadie membawakan lagu arwah Suhaimi Saad, Nur Kasih bersama Tomok di Konsert Talk To My Manager raih pujian ramai. Wah makin mantap vokal Hadie ni. Suara sebijik macam arwah Suhaimi, sampai Ajai ternganga mulut dengar..
Program realiti TV, Talk To My Manager antara rancangan yang menjadi tumpuan ramai masa kini. Dibarisi peserta dan manager yang hebat-hebat belaka, antara peserta yang dinanti-nantikan persembahannya adalah anak kepada arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim, Hadie.
Minggu ini, Hadie tampil bersama rakan duetnya, Tomok. Lagu Nur Kasih dendangan Suhaimi dan Inteam adalah tugasan Hadie untuk malam itu. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia dan Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Hadie bersama Tomok.
Ketika Hadie memulakan nyanyiannya, Ajai yang tampil sebagai juri jemputan menggantikan Dato’ AC Mizal ternyata terpegun mendengar suara Hadie. Tomok memberikan nafas baru untuk lagu Nur Kasih ini dengan membuat arrangement baru dan ianya satu percaturan yang mengena.

Kelunakan suara Hadie yang persis suara ayahnya ini menjadi kekuatan Hadie. Perasaan penonton bercampur baur,sebak dan gembira menonton persembahan Hadie. Suara Hadie mengimbau kembali kenangan bersama arwah Suhaimi. Satu persembahan yang hebat dan yang terbaik daripada Hadie.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia #InaXHadie penyambung legasi arwah ayah, Hadie 🫰🏼Nak tengok full? Jom strim #TalkToMyManagerMY LIVE di sooka setiap Ahad, 9pm💜💜Klik link di bio 🔗 #JomUsha #fyp
@delimarindujiwa Persembahan mempesona Hadie membawakan lagu konsert minggu ke 4 dengan sepenuh jiwa. #talktomymanager #hadie #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hadie suara iras ayahnya dan dato jamal … klu dia bawak lagu jamal mesti meletop.. Ajai pun terpegun sampai ternganga mulutnya dengar suara Hadie.. “
” Saya ulang byk kli dengar,sangat merdu suara nya,pilihan terbaik dgn tomok.. suara hadie sbjik suara arwah ayahnya.. “
” Meleleh airmata aku wehhh…. sebak sungguh. terbaik hadie.. sama suara ayah dia.. Alfatihah buat arwah suhaimI.. “
” Dari awal dia nyanyi hati dah rasa sebak..airmata bergenang…kena pulak dgn suara Tomok. Sarimah dgn Kepom pun mata berkaca.. “
” Hadie ni Wajahnya hensem yang tersembunyi. Airmukanya penuh kesyahduan. Hadie ada aura & keunikan tersendiri. Fly high Hadie.
Sentiasa jadi anak yang baik ya Hadie.. “
” Berulang Kali xjemu ditelinga. mashaAllah Suara Hadie menyentuh hati.. tahniah Hadi Dan tomok. Alfatihah buat arwah Suhaimi Saat.. “
” Sejujur Nya suara hadie ni sgt sedap dan gemersik… tone suara nya sgt2 sedap. Tgok raut wajahnye auto sebak. Dah terkeluar suara emas Suhaimi Saad.. “
Suara Hadie yang syahdu dan menusuk ke hati. Umpama mendengar suara Suhaimi dan aura Suhaimi ada dalam diri Hadie. Tidak mustahil Hadie boleh mencipta fenomenanya sendiri dan menjadi salah seorang penyanyi hebat di masa akan datang. Teruskan usaha Hadie dan semoga beroleh kemenangan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, IG Media Hiburan, Tiktok Delima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

