Artis / Selebriti
” My best Personal Assistant still on duty at 2 am.. “
Fizo Omar Kongsi Video Gelagat Wan Maryam Bermain Namun Pesanan Bekas Isterinya, Mawar Karim Mencur1 Perhatian Netizen. Sweetnya !!
Nama pelakon kacak Fizo Omar tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah bergelar suami kepada pengusaha tudung terkenal berjenama Fareeda, Mawar Karim, ikatan rumahtangga mereka hanya mampu bertahan selama 6 tahun dan mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang puteri yang comel diberi nama Wan Maryam. Maryam atau dipanggil Cik Yam dikalangan keluarganya itu dilahirkan pada 29 Disember 2017 dan kini berusia 2 tahun. Walaupun hubungan mereka sudah terler4i, namun kasih sayang yang diberikan kepada Cik Yam tidak pernah kurang.
Mengambil persepakatan untuk menjaga Cik Yam bergilir-gilir, anak kecil ini sepertinya memahami situasi kedua ibubapanya itu. Baik Fizo mahupun Mawar pasti akan berkongsikan gelagat Cik Yam ketika di bawah jagaan masing-masing dan hampir semuanya melucukan apatah lagi ketika bersama Daddynya itu.

Menerusi akaun Instagram, Fizo Omar telah berkongsikan satu video di mana kelihatan Cik Yam sedang asyik bermain telefon mainan walaupun jam sudah 2 pagi. Gayanya yang seakan-akan mengambil pesanan makanan buat ramai ketawa. Bijak sungguh Cik Yam boleh ganti daddy nanti ni.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Cik Yam dan mengharapkan penyatuan kembali Fizo dan Mawar. Antara komen-komen netizen :
” Adoi banyak burger order ni.. Auntie tengok tergelak time dia terkomel hujung-hujung burger je.. “
” So sweet. Please get back with fizo sis.. “
” Rujuk balik tuan, Hidayah milik ALLAH.. “
” Moga kasih bertaut kembali demi si comel cerdik maryam.. “
” Bz nye dia.. Banyak order burger masuk ye yam?.. “
” Daddy cool.. Maryam tak ngantok ke hehehhe.. “
” Comeynya cik yam.. Pandai order burger untuk daddy.. “
” Bz sungguh dia, takdan letak ada lagi yang call.. “
Respon Mawar melihat gelagat anaknya ini jadi tumpuan peminat. Alahai sweetnya :

Comel je gaya Cik Yam ni bermain. Mengomel dia bukan main tanya daddy nak apa. Last-last dengar burger je. Lawak Cik Yam. Tapi pesanan Mawar tu memang sweet cara dia mengingatkan Fizo. Moga ada sinar bahagia buat kali kedua. Kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Fizo dan Mawar. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, IG Mawar Karim by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

