Artis / Selebriti
” Nanti anak Sumayyah pulak bergambar macam ni.. ” – Netizen
Puteri Sarah Liyana Kongsi Gambar Ketika Kecil Bersama Mainan Kesayangannya. Paling Menarik Selepas 34 Tahun Dihadiahkan Buat Anaknya, Sumayyah. Wahh Memang Rare Sangat Ni !!
Siapa tidak kenal akan pemilik nama Puteri Sarah Liyana iaitu isteri kepada pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof. Memiliki raut wajah yang sangat cantik semestinya menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi sebelum mendirikan rumah tangga, Puteri Sarah telah berhijrah dengan mengenakan hijab buatkan dirinya semakin cantik dan manis.
Setelah mendirikan rumah tangga, Puteri Sarah tidak aktif dalam bidang lakonan mahupun dunia hiburan tanah air kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam hal rumah tangga, lebih-lebih lagi kini Puteri Sarah telah dikurniakan dua orang cahaya mata dan tumpuannya terhadap anak-anak yang kian membesar.
Kehidupan Puteri Sarah semakin bahagia dengan hadirnya sepasang cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam yang kini telah berusia 3 tahun dan Sumayyah 1 tahun yang semakin hari, semakin comel. Anak sulung pasangan Syamsul dan Puteri Sarah ini sangat mirip seperti bapanya, manakala anak kedua mereka pula mirip seperti Puteri Sarah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Puteri Sarah telah berkongsi gambar ketika kecil bersama barang mainan kesayangannya ketika dia menetap di London dan turut diceritakan oleh Puteri Sarah bahawa mainan tersebut telah disimpan dengan baik selama 34 tahun dan kini diberikan kepada anak keduanya, Sumayyah. Wahhh warisan turun temurun ni, memang rare sangat !!
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah :
Rata-rata netizen turut memuji Puteri Sarah dan Sumayyah begitu comel dan mereka kelihatan sangat seiras. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Setepek muka kak Sarah…. Cantik sgt… Moga saya pun dapat bby comel mcm akak sarah.. “
” Nanti anak Sumayyah pulak pose camnie.. “
” Sumayyah si twin mommy nye comel n cntik.. “
” Sumayyah cantik, comel berani g1git spider mcmtu je ya.. “
” Kak Sarah kecil-kecil dah comel. Bila besar lagi cantik, awet muda.. ”
” Princess Sumayyah. You’re so cute bby.. “
” Comey sgt lha mayyah… Kcik2 dah cntik.. “

Woww !! Seriuss ?? Spider yang sama tu.. Memang rare betul. Puteri Sarah simpan dengan baik sekali barang mainan miliknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Puteri Sarah dan sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, bahagia sentiasa dan dimurahkan rezeki selalu. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana by Berita Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

