Artis / Selebriti
” Peguam ibu Almarhumah Zara tunjuk salah satu buku milik anaknya yang ‘dirampas’.. ” – Ustazah Marhamah
Perkongsian terbaru Ustazah Marhamah Rosli mengenai buku milik arwah Zara Qairina yang ‘dirampas’ oleh pihak polis untuk proses inkues. Ini sebenarnya yang terjadi ketika proses ‘rampasan’..
Proses inkues kes arwah Zara Qairina masih berlangsung di mahkamah. Selain saksi yang dikemukakan, barangan Zara antara yang turut dibawa ke mahkamah adalah diari peribadi milik Zara. Banyak pertikaian dan teka teki yang bermain di minda orang ramai mengenai isu diari Zara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Facebook Ustazah Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu perkhabaran baru mengenai kes Zara. Menurut Ustazah Marhamah, peguam ibu Zara telah pun menunjukkan salah satu buku milik Zara yang telah ‘dirampas’ oleh pihak polis.
Mendengar perkataan ‘ rampasan ‘ dalam sidang media polis pastinya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang awam kerana ianya kedengaran kasar dan seperti berlaku dalam keadaan paksa. Namun sebenarnya istilah ini adalah istilah rasmi yang digunakan dalam teknikal undang-undang.

Di ruangan komen yang ditinggalkan oleh Ustazah Marhamah, terpampang gambar wakil team peguam Zara memegang sebuah buku tertulis Love And Peace. Namun keadaan buku itu tidak sempurna kerana banyak kesan koyakkan yang jelas terlihat dengan mata kasar.
Jom baca perkongsian di bawah :



Perkongsian ini telah pun meraih pelbagai komentar daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mereka mmg tidak menghormati serta tidak amanah sbb Tu mereka boleh rampas… Allah tunjukkan 1 persatu sikap x elok mereka pada Arwah.. “
” Semoga Allah tunjuk kan apa yg tersirat dan tersurat.. Keadilan yg mama.. peguam dan semua yang perihatin.. kekejaman yg di perlakukan terhadap arwah adek Zara.. Al Fatihah buat mu anak syurga.. “
” Hasbunallah wani mal wakil ni mal maula wani’man nasir ( “Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.”).. “
” Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agong, Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, pemilik ‘Arsay Yang Maha Mulia. Tiada Tuhan selain Allah Pemilik seluruh Langit dan seluruh ‘ Arsy Yang Agong.. “
” Semoga keadilan dan kebenaran dpt d tegakkan. ada kesan koyakan? Saya sebagai seorang yang hobi menulis dan memiliki diary. Saya sayang buku saya. Saya tak akan koyak helaian yang ada catatan. Sekiranya saya typo. Saya akan biarkan ayat typo. Sebab buku diari milik peribadi. Bukan untuk di kongsi orang lain.. “
” Aku sampai sekarang bertanya2 apa tujuan & motif diari arwah zara d ambil?. kenapa dikoyak?siapa yg koyak? Makin rumit kes ni.. “
“Koyakan bermaksud mukasurat hilang ke? Kenapa Kes yg sekadar melibatkan kanak2 Sekolah jadi begitu sukar diselesaikan ? Rakyatpun ada hak luah fikiran juga, Ya Allah semoga semuanya terungkai Justice For Zara qairina.. “
Apa-apa pun, segala proses ‘rampasan’ berjalan dengan baik dan semua pihak memberikan kerjasama yang baik. Pihak polis juga sangat telus dan tertib ketika rampasan di pejabat peguam Hamid. Semoga semua kebenaran akan terungkai dan keadilan dapat ditegakkan untuk Zara Qairina.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

