Artis / Selebriti
” Sebenarnya atok yang tak boleh berpisah dengan cucu seorang ni.. ” – Makder
Perkongsian Makder Tentang Raissuddin Hamzah Dan Cucunya, Uwais Al-Qarni Buat Warganet Tersentuh. Alahai Sayu Lah, Hati Seorang Bernama Raissuddin. Bukan Tak Terima Kenyataan Tapi Rindu !!
Keakraban antara anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni dengan atoknya, Raissuddin sememangnya diketahui ramai. Segalanya yang berkaitan dengan Uwais, atok Raissuddin yang mengatur lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan aktiviti golf Uwais.
Uwais sendiri pernah memberitahu sebelum ini yang atok Raissuddin adalah orang yang paling disayanginya, insan nombor 1 dan paling atas dalam hidup Uwais. Begitu juga bagi Raissuddin yang menyayangi dan memberikan kasih sayang yang penuh untuk cucunya ini.
Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Makder, Raissuddin dan Uwais keluar makan bersama. Uwais dan Makder memang selalu menyakat antara satu sama lain. Sempat lagi Uwais mengata gambar Makder dan Atok Raissuddin, cemb0ru kata Makder pada Uwais.

Makder turut memberitahu di kapsyen yang Raissuddin memang susah untuk berpisah dengan Uwais. Menganggap Uwais seperti arwah Siti Sarah ketika kecil, Uwais adalah tempat untuk Raissuddin melepaskan rindunya pada Sarah. Kata Makder, Atok Raissuddin dan Uwais memang sudah melekat sejak lahir Uwais lahir lagi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini telah pun meraih lebih 1000 likes sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seb4k pulak rasa, rindu ayah kepada anaknya yang telah pergi jauh dan tak mungkin kembali lagi.. ”
” Cucu sulung memang manja dengan atok dan nenek. Anak Uwais cucu kesayangan atok raissuddin.. ”
” Masya-Allah.. Kasih seorg ayah pada anak yg dah tak ada.. bukan Tak terima kenyataan cuma mungkin terlalu rindu pd yg dah tak ada.. ”
” Nasib baik anak yang arw4h tinggal kan sebiji muka dan karaktor arw4h.. boleh jadi pengubat rindu anak Uwais cucu kesayangan atok.. ”
” Uwais ni memang kesayangan atok sangat-sangat raissuddin_hamzah .. agak nya uwais sama hobby with me lah, saya dah besar pjg pegi mana asal nampak tu toys car mesti beli.. ”
” Uwais rapat ngn atok ngn oder…. matin ngn thalita ngn ayash rapat ngn mummy…… tpi bila berkumpul seronok tengok famili ni…. alhamdulillah.. ”
” Suka tengok Uwais.. Allah susun semua cantik dan sempurna. ibu pergi jauh, tgl uwais yang saling tak tump4h macam muka ibu untuk atok tatap selalu.. ”
Makder ‘potong bawang’ pulak kali ini, Uwais selamanya akan menjadi kesayangan atok Raissuddin. Allah sebaik-baik perancang, ibu pergi tinggalkan Uwais untuk Atok Raissuddin. Dengan wajah yang seiras itu, seperti mengimbau memori ketika Sarah kecil dahulu. Apa-apa pun, semoga Uwais menjadi cucu yang baik selalu Uwais.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais, Tiktok Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

