Artis / Selebriti
” Semakin meledak Hael perform. Suara sedap, aura sangat memukau. Padu lah Hael.. ” – Komen Netizen
Video Hael Husaini menyanyi lagu Kelentang Kelentong di Asian Television Awards 2024 Jakarta raih perhatian. Wah Hael bawa dalam versi dangdut lah, gempak betul. Host pun puji, asik banget lah Hael..
Hael Husaini terpilih sebagai wakil Malaysia untuk membuat persembahan di Asian Television Awards yang berlangsung di Jakarta. Selain Hael, penyanyi Nadeera Zaini juga bersama Hael memberikan persembahan terbaik mereka kepada semua.
Pada malam pertama, Hael menghiburkan semua penonton dengan lagu popularnya berjudul Jampi. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Indosiar dan Hael Husaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hael untuk malam kedua pula.
Kali ini Hael membuatkan semua penonton turut berjoget sama. Lagu Kelentang Kelentong dibawakan dalam versi dangdut dan ianya berjaya menambat hati penonton di dewan. Nyanyian Hael sangat bertenaga dan cara Hael berinteraksi dengan penonton serta kawalan pentasnya juga hebat.

Satu persembahan yang menghiburkan daripada Hael dan cukup berbeza lagu ini apabila diubah menjadi dangdut. Sesuai dengan Indonesia yang terkenal dengan irama dangdutnya. Hael membuktikan dirinya seorang penghibur dan menaikkan nama negara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Performer, nasib baik Hael tak bukak kelas zumba dekat situ.. sebijik Wooyoung ateez weyy.. “
” Ingatkan Wooyoung ateez tadi. dia menduniaa dekat sana weh.. Gmbr hd cantik… audio pun sedap tambah dgn persembahan sedap saya bgi 1000 bintang.. “
” Okay Kali ni Hael menang bawa lagu ni kt sana sana.. good job Hael pandai layan semua terhibur.. “
” Cenggitu je dia control crowd semalam. Proud dengan Hael.. semakin meledak Hael perform.. Kenapa aku rasa hael best giler eh tahun ni.. “
” Padu la Hael, hebat dah macam konsert sendiri dia buat. Natural born performer.. Mantap Our Hael Husaini… Fly High Hael, Terus Mendoniaaaaa.. “
” Best performance, enjoy watching it. Crowd pun enjoy betul, congrats Hael.. great performance.. “
” Suara sedap, aura sangat memukau.. Love sangat yang part dugem.. Asikkkkk wow sangat.. Hael mendunia.. padu teruk.. “
Hael membuatkan semua penonton yang menyaksikannya secara live enjoy dengan persembahannya itu. Malah, host juga memuji cara Hael mengawal penonton. Tidak mustahil Hael boleh menambat hati warga Indonesia juga. Apa-apa pun, tahniah Hael dan semoga terus success.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Indosiar, IG & Tiktok Hael Husaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

