Artis / Selebriti
” Siapa potong bawang ni, alahai keluar jugak air mata ni.. ” – Komen Netizen
Video sambungan iklan part 2 lakonan Fattah Amin dan ibunya, Puan Azizah buat ramai tersentuh. Mesej yang Fattah sampaikan begitu menusuk ke hati. Alahai touching sangat..
Meninjau entry di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan part 2 bagi video lakonan Fattah dan ibunya, Azizah. Ini kesinambungan part 1 yang telah pun dimuatnaik sebelum ini. Babak akhir dari part 1 sebelum ini, ibu Fattah menerima tudung yang ditempah tetapi dalam kondisi yang tidak elok.
Sambungannya cukup kena dengan situasi yang selalu dialami oleh pembeli barangan online. Fattah rupa-rupanya mengeluarkan tudung Fattah Amin special edition menggunakan label Tudung Azizah dan ibunya adalah sebagai model untuk iklan tudung tersebut.
Menerusi video perkongsian ini, Fattah menyerahkan sebuah kotak yang terisi beberapa helai tudung untuk ibu. Turut dipaparkan moment Fattah bermanja bersama ibu dan disuap makan oleh ibunya. Ayat yang Fattah ungkapkan menerusi video ini juga menyentuh hati warganet.

Kata Fattah, sampai bila-bila pun jasa dan pengorbanan ibu tidak akan dapat dibalas olehnya. Tambah Fattah lagi, berkat didikan ibu lah yang menjadikan dirinya pada hari ini. Lakonan Fattah dan ibunya menjadikan jalan cerita iklan ini menarik dan meruntun hati penonton.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sape potong bawang pepagi ni alahaiii keluar gak airmata ni.. btw tudung yg ibu pakai tu sangat cantik.. “
” Tahniah along bamTah dan ibu Azizah.. Yay, raya ni dgn tudung azizah lah.. nak jugak.. kena borong banyak-banyak ni.. “
” Hebatlah ibu dh boleh berlakon ni hehe… untuk Ramadan ni mmg confirm laku keras.. Cantik betul tudung-tudung tu.. “
” Fattah baik-baik.. keluarga dia baik-baik sejuk mata memandang.. cantik dan labih.. bijaknya pakai mak as model.. “
” Ibulah yang lebih merasai segala bebanan yang ditanggung anak-anak.. Mata masuk habuk.. so touching.. Alhamdulillah tahniah along dan ibu Azizah.. “
” Ibu Fattah pun dah pandai berlakon.. Menitik air mata makcik nak.. jaga ibu baik2 teruskan berbakti utk keluarga.. Fattah anak Soleh insyaAllah.. “
” Aarr rasa nak nangis pulakk.. bagusnya artis buat tudung labuh.. Baiknya along. Moga along dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan dan menjadi anak yg soleh. Aminn yra.. “
Walaupun hanya sekadar iklan tetapi mesej yang hendak disampaikan oleh Fattah itu sampai ke hati penonton. Hargailah ibu walau setinggi mana pun kita berada kerana doa daripada seorang ibu itu amat bernilai untuk hidup dan memberikan kejayaan kepada kita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

