Artis / Selebriti
” Suara ibu memang sangat unik, Tata nyanyi sedap macam arwah ibu.. ” – Komen Netizen
Video Thalita cuba menyanyi lagu Jangan Kau Mimpi seperti arwah ibunya raih perhatian ramai. Lenggok suara saling tak tumpah seperti arwah Sarah, sebijik sama..
Anak kepada arwah penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin iaitu Thalita sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu popular ibunya berjudul Jangan Kau Mimpi. Video tersebut ada dimuatnaik di akaun media sosial milik Siti Sarah.
Lagu yang pernah menjadi siulan ramai sekitar awal 2000-an itu kembali mengundang nostalgia apabila dibawakan oleh Thalita dengan gaya dan lenggok suara yang mengingatkan peminat kepada arwah ibunya. Memang saling tidak tumpah seperti arwah ibunya.
Bukan sahaja tona suaranya hampir sama, malah cara lontaran vokal dan ekspresi wajah ketika menyanyi turut membuat ramai peminat meremang. Ada juga yang menyifatkan bakat semula jadi itu diwarisi sepenuhnya daripada ibunya yang terkenal dengan vokal unik dan penuh jiwa.

Walaupun masih muda, Thalita dilihat semakin selesa berada di dunia hiburan dan terus menunjukkan minat mendalam terhadap bidang nyanyian. Setiap persembahannya juga sering mendapat sokongan peminat yang rindu akan suara dan figura Siti Sarah Raissuddin.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mengakui mereka seakan-akan terdengar suara arwah Siti Sarah kembali bergema. Antara komen-komen yang diberikan :
” Suara ibu mmg sgt2 unik…tata nynyi sdp cm arwah ibu.. comel talita.. suara ibu mmg unik.. suara sedap mcm ibu..Al Fatihah Allahyarhamah Ibu mu dik.. “
” Suara Talita sedapp improve banyak..tapi suara ibu nyer mantap ..padu..merdu..letopps… very soon you will be like your Mum.. “
” Talita lawa… suara sedap mcm ibu.. dik nyanyi lagu ku teruskn dik…best nk mati lagu tuuuu…dlu2 akak sllu karok lagu tu.. “
” Ibu awak dia punya suara tu ade soul ala ala Alicia Keys… DekTa nanti belajar lagi, nanti pandai laa.. Pandainya thalita same la mcm arwah ibu nya.. “
” Ank ibu kn nk lari ke mana.. tp suara Tata wpn nmpk sama cm ibu dia.. dia husky sket n byk groove kipidup Tata.. Serupa suara ibu.. “
” Yesssss that your mom suka tengok semakin matang dgn seni suara. menyala talita luncur.. Suara arwah Siti Sarah Raisuddin suara orey bukan sengau dibuat2.. “
” Cantiknya suara Talita.. mirip sungguh arwah ibumu Sayang.. Semoga Talita menjadi anak yang soleha berjaya di dunia dan akhirat Lurve.. “
Nyanyian Thalita bukan sahaja mengubat kerinduan peminat terhadap arwah Siti Sarah Raisuddin, malah membuktikan bakat seni itu terus mengalir dalam dirinya. Ramai berharap Thalita akan terus mengasah bakat dimilikinya dan suatu hari nanti mampu mencipta nama besar seperti arwah ibunya sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

