Artis / Selebriti
” Tunang saya di atas pentas.. ” – YB Syed Saddiq
Video reaksi YB Syed Saddiq yang begitu ketika melihat tunangnya, Bella Astillah berjaya memperolehi tempat ke 3 dalam cabaran Triathlon 2026 buat ramai terhibur. Wah bangga sungguh YB Saddiq bila Cik Tunang naik pentas ambil hadiah, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan reaksi teruja YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila tunangnya, Bella Astillah serta pasukan mereka selepas berjaya meraih tempat ketiga dalam cabaran Triathlon 2026 yang berlangsung hari ini.
Menerusi video berkenaan, kelihatan YB Syed Saddiq sedang merakam momen indah tersebut sebelum kedengaran suara seorang wanita bertanyakan siapakah yang sedang dirakam olehnya. Dengan penuh bangga, beliau menjawab, “Tunang saya di atas pentas,” sambil menghadiahkan senyuman manis yang mencuri perhatian ramai.
Perkongsian video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang memuji sikap YB Syed Saddiq yang dilihat sangat menghargai dan sentiasa memberi sokongan penuh kepada Bella dalam apa jua perkara yang dilakukan oleh tunangnya itu. Sikap prihatin dan semangat yang ditunjukkan beliau membuatkan ramai tersentuh hati.

Selain itu, ada juga warganet yang terhibur melihat reaksi spontan dan keterujaan YB Saddiq ketika meraikan kejayaan tersebut. Ramai berpendapat bahawa pasangan ini kelihatan sangat serasi dan saling memberi inspirasi antara satu sama lain dalam mengejar kejayaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ye betul YB… Betul… Tunang YB.. Hahahaha adoiii.. Nak g pluto lah kalau camni.. Sungguh dia proud dgn tunangnya.. Congratulations Bella n team.. “
” Apa lg lelaki2 yg dh bertunang, pegi buat assignment korang cepat.. Npk syg sungguh ngn tunangnye, hehe.. “
” Sangat mghargai Bella.. Ye lah YB kami tau tu tunang YB heheh.. Ambiklah ybbbb.. Semoga setia kekal bahagia sampai jannah.. “
” Kecoh yb.. Tunang saya tunang saya di atas pentas.. Berapa punya bangga kan YB.. Tahniah tahniah.. Bella boleh.. “
” Awwwwwwww he’s sooo proud of herrr.. Bila ade org yg betul2 menghargai, dia akn sntiasa bangga dgn apa jerr org tu buat… “
” Wanita serba boleh, tahniah Bella n the geng wee love uuuu.. Tumpang happy n bangga atas kejayaan Bella.. “
” Hahahha comel betul YB cakap ‘tunang saya’.. Tahniah bella & team dpt no 3 first time lg tu hebat… Mantap korang.. “
Dalam masa yang sama, ramai turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Bella dan pasukannya yang berjaya memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kejayaan itu bukan sahaja membanggakan para peminat, malah turut membuktikan semangat kerjasama dan usaha keras mereka sepanjang cabaran berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

