Artis / Selebriti
” Adoi mengekek aku gelak. Confident terus tukar nama eh Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein ketika bertemu pengarah urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz buat warganet terhibur. Wah Kak Lina, ngam betul nama baru Kak Lina tu. Ada je idea Kak Lina kalau bab nama ni, lawak lah..
Selepas Anzalna Nasir dan Cik Epal dilantik sebagai duta Jakel, kini giliran pengacara, pelakon dan penyampai radio popular, Elly Mazlein pula terpilih sebagai duta gedung tekstil terkemuka tanah air. Kak Lina hadir ke pejabat pengurusan Jakel untuk bertemu dengan pihak pengurusan Jakel.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Elly bercakap bersama pengurus urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel. DS Faroz mengucapkan terima kasih kepada Kak Lina kerana sudi menjalinkan kerjasama.
Kak Lina pula membalas ucapan terima kasih itu dan bersyukur kerana dipilih antara duta besar Jakel untuk tahun 2025. Ketika perbualan berlangsung, Kak Lina secara spontan menyebut namanya sebagai Jakelina iaitu gabungan nama Jakel dan Lina.

Gandingan Jakel dan Kak Lina pastinya membawa impak yang positif kerana Kak Lina ramai pengikutnya. Warganet juga tidak sabar untuk shopping baju raya gara-gara Kak Lina menjadi dutanya. Tak menang tangan lah team Jakel nanti penangan Kak Lina Pom Pom a.k.a Jakelina.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahha komain eh kak lina pom pom jakelina kelazz uolss.. Jakelina nombor syatuuuu…. Terpaksa la beli baju raya Jakel tahun ni.. Semua duta osem osem.. “
” Kemain kak lina terus tukar jadi Jakelinaa.. lagi letupan ada kak lina no syatu.. Duta Jakel paling letop. kiya sokong Jakelina.. “
” Tersembur hinggus Aku.. dah tukar JAKELINA ye.. Sedap pulak nama Jakelina tu.. ngam teruk nama tu. Tahniah kak lina kepom.. alhamdulillah murah rezeki Jakelina.. “
” JakeLina…. kena plk gabungan.. Jakelina tu mahakarya sangat. Upgrade nama la dia.. jakelina lak.. bukan biashe2.. no syatu.. “
” Duta kedai emaas kaklinaa boleh tukar ‘ LinaGold”.. dutaaa bajuuu rayaaa ” JakelLina” murah rezeki.. go kaklina terus terbang tinggi.. sedap pulak nama Jakelina.. “
” Aduh lh.. tak boleh tahan nak gelak.. Hahaha… Ada je idea dia utk nama2 tu eh. JakeLina terus dia letak nama… terbaik kak Lina pom pom, murah rezeki.. “
” Adoii.. mngekek aku gelak.. Confident terus tukar nama jakelina haha.. gogo kak kepomm.. Aduhhhhh kelakar laaaaa jakelina ni.. “
Kelakar lah Kak Lina ni, terus tukar nama baru. Mentang-mentang lah duta Jakel, nama Jakelina juga yang menjadi pilihan. Semoga Kak Lina terus dimurahkan rezeki dan kehadiran Kak Lina sebagai duta Jakel akan menaikkan lagi jualan untuk syarikat terkemuka ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, IG Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

