Connect with us

Artis / Selebriti

” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira

Video Ezwan Zain memberikan kejutan ajak Erra Fazira keluar dating ke tempat istimewa curi perhatian warganet. Wah bukan main sweet lagi Ezwan suruh Erra tutup mata. Comel sangat reaksi Erra.. 

Pasangan sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain sudah beberapa bulan bergelar suami isteri. Kemesraan dan chemistry antara Erra dan Ezwan seringkali membuatkan warganet tersenyum sendiri melihatnya. Erra dan Ezwan mempunyai karakter yang berbeza, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel dan Ezwan Zain, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Ezwan membuat satu kejutan untuk Erra. Ezwan membawa Erra keluar dating ke satu tempat yang istimewa.

Gelagat comel pasangan ini mencuit hati warganet. Erra mengatakan, sejak mereka berkahwin, sudah lama Ezwan tidak membawanya keluar dating. Untuk menambahkan lagi element kejutannya itu, Ezwan menutup mata Erra dengan menggunakan penutup mata berwarna hitam.

Erra tidak mengetahui ke manakah lokasi yang Ezwan akan membawanya. Sejurus sahaja penutup mata Erra dibuka, Erra tergelak melihat suasana di sekitarnya. Bukan biasa-biasa romantisnya Ezwan ini, tempat dating pun rare dan cukup membahagiakan Erra.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Alamak, harap esok tua aku boleh dapat hari hari happy macam ni dengan cinta sejati.. Our love birds.. “

” Romantik la Mr E ni, dating makan durian. Kak Erra hantu durian weh hehehe.. Ya Allah, Cinta sampai Hujung nyawa please.. “

” Sweetnya aku tumpang gembira tgok psgn ni, semoga till jannah. Macam erra jumpa Sama kepala dengan erra la ezwan ni.. suka nyaaa tgk mereka berdua ni….jgn kacau psbgan ni tauuu.. “

” Mesti Mr E ni pak lawak hari2 buat lawak. Yg single jgn tgok jeles ni.. semoga bahagia till jannah.. “

” ‘Lama dy tak bwk g dating sjk brumahtgga nie..’ bunyik mcm merajuk je tu.. hahahahaha.. So sweet dia org berdua ni. Moga berkekalan hingga jannah. Aamiin3x Ya ALLAH.. “

” Suka sangat tgk pasangan ni.. Very very the sweet.. Semoga kekal hingga jannah.. Ambik lah bumi ni kaaaaak. biar kita orang pindah planet lain.. “

” Wow romantiknya bang Ezwan.. Dapat pasangan hidup yg sehaluan, bahagianya.. kelakar 2 orang ni, suka kita tengok.. dengan kita sengih-sengih.. “

Romantik sungguh Ezwan meratukan permaisuri hatinya ini. Surprise yang simple sebegini sudah cukup untuk membahagiakan hati si isteri. Semoga Erra dan Ezwan kekal sehingga ke akhir hayat dan rumahtangga mereka aman damai sentiasa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: ekonomi | pendidikan | teknologi | olahraga | hiburan | politik