Connect with us

Artis / Selebriti

” Hati dia menebal rasa rindu pada abangnya yang telah pergi.. ” – Komen Netizen

Video anak Amyza Aznan, Adrian Adam menyanyi lagu Andmesh, Hanya Rindu buat warganet tersentuh. Syahdunya dengar suara Adrian. Menangis Amyza dengar nyanyian Adrian..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam mendendangkan lagu Andmesh, Hanya Rindu. Ini antara lagu yang dinyanyikan di showcase Era bersama Adrian Adam dan Amyza Aznan.

Lagu tersebut yang mendalam liriknya berkisar mengenai kerinduan kepada insan yang telah pergi jauh menyentuh hati warganet. Ianya seakan-akan kena dengan kisah hidup Adrian yang kehilangan abang tersayang, Andre Mikhail. Pedihnya kehilangan ahli keluarga yang disayangi dan tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Mendengar nyanyian Adrian yang penuh penghayatan ini membuatkan hati warganet tersentuh. Amyza sendiri tidak dapat menahan air matanya dari jatuh ketika melihat Adrian menyanyikan lagu ini. Adrian meluahkan rasa hatinya menerusi lagu tersebut.

Penyampaian Adrian yang penuh rasa dan jiwa ini mampu membuatkan warganet menangis mendengarnya. Adrian sememangnya terlalu akrab dengan arwah Andre dan kehilangan abangnya ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatinya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Terima kaseh juga pada Adrian Adam kerana mengajar kita erti kesabaran, ketabahan, cinta dan redha kepada Allah.. Subhanallah. Semoga Allah menyelimuti Adrian dan keluarganya dengan kasih sayang dan rahmatNya. Allahumma Amiin.. “

” Sebak dgr lagu ni. Kerinduan Adrian pada abangnya yang diluahkan menerusi lagu. kuatnya dia,kalo aku nyanyi lagu ni dh nagis dh.dlm umh hujan luar umh pn hujan.. “

” MasyaAllah.. kuat nya Adrian semoga cepat sembuh Allah angkat kesakitan ian dan memberi keajaiban buat Ian.. Aamiin ya Allah.. “

” Adrian bukak mulut je terus kita nangis. Kuat nya awak dikkk… semoga awak dikurniakan kesembuhan dik .. semoga Allah angkat sakit ian.. “

” MasyaAllah.. sebak bila mendengar awak nyanyi.. merdu sgt suaranya.. Semoga awak kuat, dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan kembali Aamiin.. “

” Hati dia menebal rasa rindu pada abangnya yang telah pergi. Tapi tetap dia cuba kuat dengan senyum walaupun hati dia menangis. Kuatnya Adrian.. “

” Alfatihah dibaca untuk Andre Mikhail. Terasa beratnya rasa rindu Adrian pada Andre yang hanya mampu diluah dengan lagu ni.. “

Hati yang merindui orang yang telah tiada dan rindu itu tidak akan ada penghujungnya. Semoga arwah Andre tenang di sana. Didoakan agar Adrian diberikan kesembuhan daripada sakitnya ini dan dapat meneruskan kehidupan yang normal seperti dahulu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, IG Amyzaaznan  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: kesehatan | ekonomi | olahraga | berita | teknologi | pendidikan