Artis / Selebriti
” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
Video perbualan Rozita Che Wan menyuruh anaknya, Aaisyah Dhia Rana menjadi ustazah apabila dewasa nanti curi perhatian warganet. Amboi bukan main lagi jawapan Aaisyah tu ye. Sikit lagi mak hang nak bertukar jadi hijau Aaisyah, haha..
Setiap ibu mengimpikan masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka. Begitu juga untuk pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta. Che Ta ada memasang impian yang murni untuk satu-satunya anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rozita Che Wan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Che Ta dan Aaisyah. Che Ta memberitahu Aaisyah bahawa dia mahu Aaisyah menjadi seorang ustazah apabila Aaisyah dewasa kelak.
Che Ta turut bertanyakan kepada Aaisyah, apakah cita-cita Aaisyah dan Aaisyah menjawab, dia mahu menjadi penyanyi atau pun pelakon. Jawapan oleh Aaisyah ini tidak disukai oleh Che Ta kerana bagi Che Ta, kedua-dua karier tersebut tidak menjamin masa depan.

Che Ta turut memberi contoh dirinya, walaupun berlakon, Che Ta tetap perlu mencari sumber kewangan lain dengan berniaga. Aaisyah berkeras tidak mahu mengikut permintaan Che Ta dan memberitahu, itu adalah takdir dirinya dan dia berhak menentukannya sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@rozitachewan1 bdk zaman alpha ni kita ckp sepatah , depa ada ja jawapan depa … ish sejuk pequt mummy kalau besaq nanti aaisyah jadi ustazah 🤲🏻, tk payah la jadi artis aaisyah oiiiii .. mummy dgn daddy dah lalui , hujung2 kena caqi cabang lain demi meneruskan hidup 😏 yg selesa 😋 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 112 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Me as HR. Your mother said true aisyah. Kerja pelakon ni macam season je. Time tgh naik mmg bnyk job. Bila ada orang baru naik. Kita kurang dapat jobless.. “
” Momy this is my path, anak aku pun ckp gitu.. bdk2 skg ni pndai mnjwp ea..zmn kite dlu diam je hahahaha follow je.. “
” Penampaq haha.. Semoga makbul doa anak jd ustzh.. kata2 ibu tu doa paling mustajab.. Aku dulu pon time hbes sekolah berangan nk jdik pelakon, tp mak aku tk bg masok aswara, tau² skrg keje kerani jek.. yg pnting tiap² bln gaji dpt..heheheh.. “
” Bljo tinggi2 dulu Aisyah..abiskn blajo dulu..jdi ustazah pun bgus..nnti Ajo mengaji.pelkon n menyanyi dah ramai.. “
” Dari dulu lagi cheta nak anak dia jadi ustazah. Pernah terbaca satu artikel.. masa aisyah baby lg maknya pnh bgtau nk aisyah jd ustazah.. semoga tercapai hasrat che ta.. “
” Mak aii dasyat jawapan anak2 skrg.. betoi la cakap mak hang tu Aisyah oii.. Smoga kata2 mak Aisyah jd knyataan, Aisyah jd ustazah.. “
” InshaAllah berkat doa mummy Aaisyah menjadi seindah namanya.. Ustazah berjaya dunia akhirat aisyah, InsyaAllah.. “
Impian Che Ta dari dulu lagi mahukan Aaisyah menjadi seorang ustazah. Mungkin Aaisyah belum nampak dan memikirkan masa depan pada usianya sekarang. Insha Allah, sampai masanya nanti, Aaisyah akan memilih jalan hidup yang terbaik demi masa depan yang cerah dan terjamin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

