Artis / Selebriti
” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah kantoi panggil YB Syed Saddiq ‘Sayang’ ketika Didi Astillah sedang live buat peminat teruja. Alahai lembut je Bella sebut Sayang. Bila sedar dah terkantoi, Bella terus pura-pura bercakap kat telefon, hehe..
Bella Astillah dan YB Syed Saddiq telah pun mengikat tali pertunangan bulan lalu. Pasangan ini difahamkan sedang menyiapkan semua keperluan untuk majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada tahun ini. Tarikhnya belum dimaklumkan sehingga ke hari ini dan ianya masih kekal menjadi teka-teki.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha.aaaaa1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella membuat live bersama adiknya, Didi Astillah. Mereka menikmati makanan di sebuah restoran bersama YB Saddiq, Jack dan beberapa orang lagi.
Didi turut memberitahu mereka mengikuti kelas bersama seorang ustaz. Penampilan Bella dan Didi yang mengenakan baju kurung dan bertudung dipuji oleh warganet. Menerusi video perkongsian ini, dapat didengar dengan jelas, Bella memanggil YB Saddiq dengan satu panggilan ‘Sayang’.

Panggilan Bella terhadap YB Saddiq itu membuatkan peminat BASS teruja. Ini mengingatkan warganet kepada kata-kata YB Saddiq sebelum ini bahawa antara mereka, Bella yang paling romantik. Tentu selepas sah nanti, bertambah sweet Bella dan YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
@scha.aaaaa1 ok jom pindah balik … #syedsaddiq #bellaastillah
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Repeat the first 3 second 10000000000nth times! Jom ke bulan.. saya pun ade sayang saya… haha.. “
” Aku cuba dekatkan hp dekat telinga aku rasa ada semut masuk ne… Sayang. alahai manja lembut je bella panggil encik tunang tu.. “
” Siapa nak join pindah planet lain tp kena tny dollah dulu lah.. planet mana yang masih kosong.. “
” Sayang, nanti kita share.. sweetnya bakal pengantin ni. lepas ni dah nak share life pulak ya Bella.. “
” Dapat moment manis-manis, kita yang sengih macam kerang dengar bella panggil sayang tu.. okey share laa Bella.. “
” Sayang, kita kongsi makan ye. Aduh haha.. suka tengok senyum dengar Bella kahwin panggil sayang dekat tunangnya tu.. “
” Aduh apa ni, so sweet lah Bella. Betul lah YB kata aritu, Bella romantik orangnya.. ambik lah bumi ni Bella.. muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat sayang tu haha.. “
Lembut dan manja sahaja suara Bella memanggil tunang kesayangannya itu. Tidak hanya YB Saddiq yang boleh cair mendengar suara Bella itu tetapi warganet juga. Semoga semua urusan Bella dan YB Saddiq untuk membina rumahtangga mereka berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha.aaaaa1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

