Artis / Selebriti
” Bujang dah, handsome dan cute macam abah Jep nya. Hehe.. ” – Netizen
Perkongsian Terbaru Gambar Sari Yanti Bersama Anak Sulungnya, Barr Al-Aliy Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Dah Macam Kakak Dengan Adik Lah. Makin Besar, Makin Handsome Barr Ni. Mama Pulak Maintain Muda !!
Menerusi akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Sari Yanti bersama anak sulungnya, Barr Al-Aliy. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah 13 tahun usia Barr sekarang dan bakal memasuki tingkatan 1.
Kata Sari, dia menghadiri majlis di sekolah Barr kerana Barr antara penerima anugerah kecemerlangan akademik di sekolah. Bijak pandai anak sulung Sari ni, kelihatan gah apabila Barr memakai baju konvo dan topi tu.
Melihat penampilan Sari Yanti yang maintain muda, ramai yang memuji. Sudah anak 5 pun, masih tetap begitu Sari Yanti ini. Tidak kurang juga yang memuji wajah Barr yang semakin handsome dan manis senyumannya itu.

Ada juga di kalangan warganet yang mengatakan wajah Barr iras seperti Jep dan digelar Jep junior. Comel sahaja gambar Sari Yanti dan Barr ini. Tinggi sama dengan mama sudah ye Barr. Sikit masa lagi, mesti mama pun kena mendongak untuk tengok muka abang long ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Sari Yanti ini telahpun meraih lebih 80 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ya Allah… bujang dah.. i feel old already huhu. Teringat kisah qaisara dulu, laaa dah ada anak bujang erh.. “
” Sekejap masa berlalu, sudah bujang kalah mak dia. Macam adik je hehe tapi apa-apa alhamdulillah aamiin.. “
” Baru tau satu skola dgn anak sy. smlm belek² tentatif program nmpk nama barr. semoga barr berjaya di dunia & akhirat.. “
” Kacak nye… semoga membesar menjadi anak yg soleh. perlindung adik-adik dan mnjadi anak yg berjaya n mnjadi kebanggaan ibu n ayah.. “
” Barr ke ni? Tahniahhhh Dah boleh kawen ngan letchumi nantiii… ehhhh gurau-gurau.. Semoga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat.. Aamiinnn.. “
” Alhamdulillah tahniah Barr dan mama. Yang ni sebijik macam Jep junior. Handsomenya anak teruna mama ni.. mamanya maintain muda.. “
” Dah teruna anaknya, mamanya muda macam adik dengan kakak je. Kejap je dah bujang, handsome manis pulak tu.. “
” Alhamdulillah tahniah anak bujang mama. Makin besar makin manis Barr ni. Handsome dan cute macam abah Jep nya hehe.. “

Apabila anak sudah besar, mamanya nampak seperti kakak sahaja. Apa-apa pun, tahniah Barr atas kejayaan dalam akademik. Semoga Barr terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai cita-cita Barr.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

