Artis / Selebriti
” Comel tengok reaksi dia bila dah dapat apa yang dia nak.. ” – Netizen
Harris Annuar Kongsi Video Isterinya, Asha Merican Mengidam Nak Main Lato-Lato Buat Ramai Terhibur. Hari Tu Mengidam Bau Simen, Kali Ni Nak Main Lato-Lato Pulak. Part Asha Pusing Satu Rumah Main Lato-Lato Tu, Habis Kena Gelak Dengan Harris !!
Baru-baru ini, pelakon Harris Annuar telah berkongsi berita gembira yang isteri kesayangannya, Asha Merican kini sedang hamil anak pertama mereka. Perkongsian itu telah dihuj4ni dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan para peminat.
Harris turut berkongsi video yang memaparkan Asha mempunyai satu tabiat suka menghidup bau simen pada dinding. Terbaru, Harris memaklumkan yang Asha mengidam untuk bermain lato-lato pula. Harris sekali lagi memuatnaik dua video reaksi Asha setelah dapat bermain lato-lato.
Video pertama, pasangan ini dilihat sedang berada dalam kereta. Harris merakamkan saat dirinya sudah membeli lato-lato yang diinginkan Asha. Setelah menerima permainan yang dinantikan, Asha bersorak keseronokan dan teruja melihat lato-lato yang dibeli Harris mempunyai lampu.

Menerusi video kedua pula, Harris merakamkan telatah comel Asha yang tidak berhenti bermain lato-lato di rumah. Tulis Harris, Asha tidak henti berjalan sambil bermain permainan tersebut. Sehingga kini, posting oleh Harris mengenai Asha telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dan dalam masa yang sama memuji sikap Harris yang sentiasa memenuhi permintaan Asha. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel tengok reaksi dia bila dah dapat apa yang dia nak.. Baguslah Harris, semua keinginan isteri dia cuba penuhi.. “
” Hahahaha comel, bersabar jelah memang perangai ibu2 mengandung macam ni. Kalau dapat dah apa yang dia nk, memang dah tak layan yang lain.. “
” Klau tgh pregnant dapat apa yg kita nk boleh nang1s tau.. Sy pernah tgh pregnant dapat mkn sri muka durian. Sedap dia boleh keluar air mata. mulut siap ckp masyaallah sedapnya.. “
” Nasib la senang dpt.. Ni skrg sy mmengidam nak naik lori scania tu.. Laki sy ckp mana nk cari yang lori tu abg bukan ada member bawak lori.. Tp tulah nk naikkk.. “
” Comel jer Asha, hahaha sama2 berdekah ketawa. Ni mesti anak lelaki, hahaha cara minat tu lain macam.. “
” Biar kan dia main smpai puas nnt bila puas dh campak je mana2 lato2 tu.. Mujur blh cr lg tgh trend loni, klu tak jenuh laa nk cr.. “
” Fuhhh ade lampu wehhh.. Msti baby jd pemain lato2 trhandal bsr nti hahahaa. Nak4l Harris ketawa, layankan je lah Harris oiii.. “
Alahai memang comel telatah ibu mengandung ni ye, nasib lah dapat apa yang diinginkan tu. Semoga Asha dan kandungan sentiasa dalam keadaan sihat serta segala urusan bersalin nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisannuar, ashamerican
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

