Artis / Selebriti
” Dia buat prank pulak, ada group whatsApp pun tak guna ni, tak bagitau ada kat situ.. ” – Bell Ngasri
Video Bell Ngasri Terima Kej0tan Kedatangan Adik-Adiknya, Darling Ngasri Dan Anne Ngasri Di Set Melodi Buat Ramai Terhibur. Lawak Tengok Muka Bell Tahan Sabar Bila Kena Suruh Ulang Nama Adik-Adiknya, Tapi Part Anne Pel0k Erat Bell Tu Sweet, Nampak Rindu Sangat Tu Dengan Abang Dia !!
Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja paparan menarik mengenai pelakon Bell Ngasri di media sosial. Semuanya berlaku selepas ramai mengundi Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri dan namanya tersenarai dalam kelompok Top 5 kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35.
Baru-baru ini, stesen radio Hot FM telah menjemput penyokong-penyokong kuat Bell iaitu Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung untuk bertentang mata dengan Bell sendiri. Menerusi pertemuan itu, Bell turut meluahkan rasa sebak melihat sokongan luar biasa daripada peminat-peminatnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Bell, telah berkongsi video dan beberapa gambar ditemuramah oleh dua host iaitu Ain Edruce dan Haziq menerusi rancangan Melodi. Menerusi video itu, Bell telah ditanya tentang siapakah orang di belakangnya yang sentiasa memberi sokongan sejak 37 tahun dalam industri.

Bell Ngasri mengatakan antara yang paling utama ialah emaknya. Pihak Melodi juga ada membuat kej0tan dengan menjemput dua adik perempuannya, Darling Ngasri dan Anne Ngasri. Melihat adik-adiknya masuk ke set, Bell pun terkej0t dan tak sangka mereka akan turut serta bersama.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sehingga kini, perkongsian oleh Bell telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet selepas menonton video tersebut, Antara komen-komen menarik adalah :
” Sukaa sangat tengok cara Anne peluk Bell. Ikhlas and selalu buat, tak nampak pura pura. Siblings live sangat. Suka tengok.. “
” Dok tgk depa ni belakon dari aku kecik2 dulu. Now aku dah tua, depa ni tak tua2 kenapa, hahaha.. Comel tengok Bell tahan ger4m dengan Haziq.. “
” Masa tengok tadi pun pelik,dah kenapa si Haziq tu takkan la tak dengar or tak tau Anne dgn Darling tu, hahaha rupanya ada kej0tan lah.. “
” Hahaha klu bgtau dlm group bkn prank,suprise ler barkoba oii, Apapun happy tgk uols sibling semua berbakat tau.. “
” Fenomena betul Bell kali ni… Semoga Allah makbulkan setiap doa kami yg mengundi dan menjadi peminat Abg Bell. Aaminn.. “
” Darling.. Anne.. Bell hahahaha berapa banyak kali nak sebut ko ni, lawak betul.. Tapi comel last tu, tengok Anne peluk Bell.. “
” Alololo sweet betul lah adik beradik ni.. Bell ko mesti menang, ramai yang undi ko tau.. Ko dari dlu memang best berlakon.. “
Untuk rekod, Bell bersaing dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli menerusi kategori Artis Komedi Popular. Apa-apa pun semoga ada rezeki Bell untuk merangkul Anugerah Artis Komedi Popular dan seterusnya bergelar Bintang Paling Popular ABPBH pada tahun ini akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellngasriofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

