Artis / Selebriti
” Kita yang baca caption pun dah jadi macam gaya dia. Ayat last kalau tak lawak tak sah, haha.. ” – Netizen
Perkongsian Ucapan Terima Kasih Bell Ngasri Bagi Semua Yang Mengundinya Untuk Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2023 Buat Ramai Terhibur. Adui Baru Nak Tangkap Sayu Baca, Last-Last Terbahak Ketawa. Lawak Betul Bell Ni !!
Tamat sudah tempoh mengundi untuk Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2023 (ABPBH35). Majlis anugerah berprestij ini dijangkakan akan berlangsung pada 21 Julai 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Salah seorang yang meraih banyak sokongan adalah pelawak, Bell Ngasri. Pelbagai kempen dilakukan oleh peminat Bell untuk bintang kesayangan mereka ini. Malah ramai yang tidak pernah mengundi ABPBH mengundi tahun ini gara-gara Bell.
Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu kapsyen yang panjang untuk para penyokongnya. Bell mengucapkan ucapan terima kasih untuk semua atas usaha mereka. Ramai yang kreatif membuat poster dan sebagainya yang membuatkan Bell rasa dihargai.

Gambar Bell berkopiah hitam dan berbaju putih ini juga menarik perhatian. Amboi sudah seperti Yang Berhormat lah Bell. Ramai yang mendoakan dan berharap agar Bell akan diangkat sebagai pelakon komedi popular dan Bintang Paling Popular Berita Harian tahun ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abp kali ni plg bersejarah. First time rasenya tgk artis yg takde fanclub yg dapat support 100% dr malaysians. Sgt bermakna sbb bukti Bell ni mmg talented, rare, genuine & of coz the best.. ”
” Selama 40 tahun tak pernah undi sapa2. Kali ni undi 20 utk Bell. Kategori lain xkisah sapa menang, tapi Komedi lelaki kami nak Bell menang. Kalau tak kami mogok tutp TV.. ”
” Saya bagi 140 undian.. klo x menang aye taknak layan berita harian dh.. Semoga anugerah komedi terbaik milik bell ngasri dan juga bintang paling popular milik bell ngasri.. ”
” Kite yg baca caption pun dah jd mcm gaya dia.. last ayat kalau tak lawak x sah haha.. Semoga murah rezeki bell thn ni… undian pecah rekod.. pec4h rekod jugak la Artis Komedi rangkul sekali Anugerah Bintang terrr Paling Popular BH tahun ni.. Nahhhh api.. ”
” First time tak sabar tunggu abp tahun ni.. hope bell berjaya merangkul bintang terpaling popularrrr. artis komedi popular dah confirm dh tu.. ”
” Tahniah Bell untuk ABPPH Kali ni.. Bukan senang nak tengok rakyat Malaysia berlainan pahaman politik undi orang yg same.. haha.. ”
” Moga rezeki buat kau bang.. Terima kasih telah menghibur aku dari aku kecil lagi.. kalah menang, kau tetap diantara pelakon terbaik malaysia.. ”

Memang terasa sungguh kelainan ABPBH tahun ini apabila Bell tercalon. Tua, muda, kecil, besar semuanya bergabung untuk menyokong Bell dan berkempen supaya undian Bell tertinggi. Sama-sama kita mendoakan semoga tahun ini ada rezeki untuk Bell Ngasri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

