Artis / Selebriti
Gambar Photosho0t Anak Kedua Neelofa, Abdullah Abbas
Wah Awal Neelofa Kongsi Gambar Abbas Kali Ni. Umi Tak Letak Sticker Tutup Muka Dah. Comel Sangat Abbas, Putih Gebu Macam Abang Bilal !!
Sebagaimana yang diketahui umum, usahawan jelita Neelofa telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya pada 11 Julai yang lepas. Perkara itu dimaklumkan oleh Neelofa di media sosialnya setelah beberapa hari selepas kelahiran anak keduanya ini.
Pada hari ke 7 selepas kelahiran, Neelofa mengotakan janjinya dan mengumumkan nama yang telah dipilih untuk putera keduanya ini. Abdullah Abbas nama yang penuh makna dan ada kisah di sebalik nama tersebut diberikan kepada si kecil itu.
Kini usia Abbas menghampiri 40 hari dan Neelofa dilihat lebih terbuka berkongsi tentang Abbas berbanding ketika Bilal dahulu. Meninjau Instastory di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa perkongsian suasana ketika berlangsungnya photosh00t Abbas.

Jika dahulu setiap kali berkongsikan gambar Bilal pasti ditutup dengan sticker atau emoji, tapi kali ini tidak lagi. Dapat dilihat dari jauh wajah comel Abbas. Dengan cermin diletakkan di tepi Abbas yang sedang berbaring, warganet dapat zoom wajah Abbas.
Jom baca perkongsian di bawah :



Alahai putih melepak macam abang Bilal juga Abbas. Seiring dengan pembesarannya, Abbas kelihatan membesar dengan baik. Pasti nanti chubby dan m0ntel macam abang Bilal. Sampai sekarang pun abang Bilal maintain bulat dan semangat tubuhnya.

Pastinya peminat Neelofa tidak sabar untuk melihat wajah penuh Abbas. Sebagaimana yang selalu Neelofa ungkapkan, apabila tiba waktu yang dirasakan sesuai, pasti Neelofa sendiri akan menunjukkan wajah Abbas. Apa-apa pun, semoga Abbas membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days agoβ Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days agoβ Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. β β Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days agoβ Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days agoβ Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days agoβ Part βmudah-mudahan anakku Bella yang disayangiβ, kita dah rasa sebak sangat.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days agoβ Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. β β Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days agoβ Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. β β Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days agoβ Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. β β Komen Netizen

