Artis / Selebriti
” Alahai, touching betul baca. Bahasa cinta nan indah.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Haris Ismail ucapan khas sempena ulangtahun kelahiran isteri tercinta, Neelofa buat ramai tersentuh. Indah sungguh bait-bait kata Haris untuk Zaujahnya..
Hari ini, tanggal 10 Februari merupakan hari istimewa untuk pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa. Ianya adalah hari ulangtahun kelahiran Neelofa dan genaplah usia Neelofa yang ke 37 tahun. Seperti tahun lepas, Haris Ismail pasti menitipkan ucapan khas untuk isterinya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan sekeping gambar Haris bersama Neelofa dan satu paparan coretan. Kata-kata Haris untuk Neelofa menyentuh hati warganet. Indahnya apabila berkahwin dan bercinta kerana Allah.
Benar lah kata orang, perkahwinan adalah ibadah paling panjang dalam kehidupan sepasang suami isteri. Haris memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Allah kerana mereka berdua diberikan rezeki untuk hidup bersama. Kehadiran Neelofa untuk keluarga kecil mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Haris juga tidak lupa memuji kebaikan dan segala pengorbanan yang telah Neelofa taburkan untuk dirinya dan anak-anak mereka. Haris juga ada berkongsikan cerita mengenai doa Neelofa ketika mereka mengerjakan umrah sebelum ini. Mulianya hati seorang isteri dan seorang ibu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pasangan contoh…. Berilmu dan beramal dengannya.. semoga selalu sehat dan selalu dalam lindungan Allah SWT.. semoga sakinah mawaddah sampai TILJANNAH.. “
” Love the calmness and vibes.. secocok berdua, bahasa2 cinta saling melengkapi .. semoga Allah pelihara cinta kalian sampai syurga.. “
” Alahai touching betul baca. bahasa cinta nan indah.. masya Allah, semoga berbahagia sehingga ke syurga.. “
” Ucapan tu, touching pulak, Rase bahagia tu sampai sini. Kita yang lelaki baca pun boleh cair Hariss.. “
” Indahnya ucapan hari lahir untuk isteri tercinta.. birthday wish paling sweet tapi buat kita tersentuh membacanya.. selamat ulangtahun kelahiran Neelofa.. “
” Love betul la baca ayat macam ni.. im crying, sweet sangat ayat haris untuk lofa tu.. alhamdulillah, moga Allah pelihara rumahtangga kalian selalu.. “
” Such beautiful writingg, so sweet lah.. smoga Allah senantiasa melindungi dan menjaga bahtera rumah tangga klian hingga ke Jannah aamiin allahumma aamiin.. “
Ucapan yang indah daripada seorang suami untuk isteri tercinta. Selamat ulangtahun kelahiran Neelofa daripada kami di Berita Kopak. Semoga bertambahnya usia, Neelofa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama suami dan anak tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris Ismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

