Artis / Selebriti
” Papa Oman jealous Mama Abby dah kurus. Rosak betul lah Norman ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Norman Hakim ketika melihat Abby Abadi sudah kurus buat ramai terhibur. Adui ni memang ex yang masuk air. Boleh pula Norman ajuk gaya tarian Mama Abby masa dengan Elite dulu, haha..
Semua sedia maklum mengenai hubungan Abby Abadi dan mantan suaminya, Norman Hakim yang akrab dan selalu membantu antara satu sama lain. Mereka bersahabat baik dan boleh bercerita serta bergurau antara satu sama lain. Ada masanya mereka juga ‘bercakaran’ macam anjing dengan kucing tetapi dalam situasi bergurau.
Meninjau entry terbaru Abby di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Norman ketika bertemu Abby. Abby kini dalam proses menurunkan berat badan dan usahanya setelah menjaga pemakanan dan bersenam menampakkan hasil.
Berbeza sungguh fizikal badan Abby berbanding 2 bulan yang lalu dan kini Abby semakin ramping seperti zaman Inspektor Aliza dalam Gerak Khas dulu. Norman juga excited melihat Abby sudah kurus. Apabila bertemu, keluar perangai ‘masuk air’ Norman.

Sambil Norman menyebut ‘Mama dah kurus’, sempat Norman melakukan semula step tarian Abby ketika dalam kumpulan Elite dulu. Betul lah kata Abby, Norman ini ex yang ‘rosak’. Terhibur warganet melihat telatah Norman dan Abby. Kelakar sungguh Norman, bab mengajuk Abby memang dia juara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kurus macam Erra Fazira dah.. Terbaik Abby, masih jaga aurat walaupun dah kurus.. macam ni contoh terbaik.. ”
” Jelesnya tengok abby. Dah tak bawak tayar ke mana-mana dah sekarang. Akak tayar basikal je dulu, kita tayar lori haha.. ”
” Ex jadi kawan baik dan kawan gaduh.. ok la demi kesejahteraan anak2, wajar dicontohi.. bukan abby je dah kurus, norman pun sama lah.. ish tak aci lah macam ni.. ”
” Haha masuk air betul abang Norman.. Ex yang r0sak ni.. Norman pun kurus.. Syoknya macam ni, betul-betul pren.. ”
” Ex masuk air haha, Norman pun teruja tengok abby kurus apatah lagi kami-kami ni.. memang nampak ketara kurus abby tu. norman pun kurus.. ”
” Haha dia nganjing menari Elite pulak haha. betul-betul rosak ex mama abby ni. Haha berat dosa, adoi kelako la kak abby.. ”
” Haha dia jeles mama dah kurus.. Rosak betul lah norman ni.. Adoi mama dengan papa oman lawan kurus ke apa ni haa.. ”
” Ex rosak haha, adoi mama.. mama makin kecik dah ma, so meletopss.. Abang norman pun nampak kurus sikit.. ”
Ada ex yang rosak seperti Norman ini, memang gamat lah suasana apabila bertemu. Ketara sungguh perbezaan fizikal Abby, manalah Norman tak menyakat. Norman pun kelihatan sedikit ‘mengecil’ berbanding sebelum ini. Eh Mama Abby dengan Papa Oman ni bertanding siapa paling kurus agaknya. Dua-dua meletop.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

