Artis / Selebriti
” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Abby Abadi bertemu bakal menantu dan bakal besannya di Singapura curi perhatian warganet. Wah cantiknya bakal isteri Danish Hakim ni. Ada yang kata nampak seiras dengan isteri Tunku Mahkota Johor..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Abby bertemu mata buat kali pertamanya dengan bakal besan yang menetap di Singapura. Untuk makluman, Abby menyertai karnival jualan di Suntec City Convention Hall Singapura yang bakal berakhir pada hari ini.
Di ruangan kapsyen posting ini, Abby memberitahu mengenai pertemuannya itu dan mereka berkenalan antara satu sama lain. Abby juga memuji bakal besannya ini orang yang baik-baik. Abby turut berkongsikan mengenai perancangan anak terunanya, Danish Hakim.
Danish dan bakal pasangannya, Shalinda sudah pun merancang untuk mendirikan rumahtangga. Tulis Abby lagi, Danish masih muda dan baru berusia 22 tahun. Bagi seorang ibu, usia anak sebegini dirasakan masih belum bersedia dari pelbagai segi.

Namun Abby memberikan restunya untuk hubungan Danish dan Shalinda. Abby juga menitipkan pesanannya agar Danish dan Shalinda mengusahakan yang terbaik untuk masa depan mereka bersama. Walau apa jua yang terjadi, Abby akan sentiasa ada bersama anak dan bakal menantunya itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Abby ini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tahniah Abby bakal dapat menantu.. Cantik bakal menantu…ada iras che puan khaleda.. sepadan sangat dengan danish.. “
” Ada iras che puan khaleeda la bakal menantu kak abby.. Muka Bakal menantu matured betul.. Alhamdullilah… Semoga dipermudahkan. Rajin tolong Danish bila promote products di stage semalam.. “
” Cantiknyaa.. mcm Che Puan Khaleeda. Semoga dipermudahkan segala urusan & semoga berbahagia selamanya.. “
” Wah ni geng geng gym ni.. manisnya bakal menantu Abby ni.. betul betul macam muka Che Puan Khaleeda.. “
” Cantiknya bakal isteri Danish.. Bakal dpt baka cucu yg cantik handsome molek, ada keturunan mat salleh.. “
” Mudanya besan, ,menantu pun cantik betul. Lawa bakalnya iras che puan khaleeda.. untung nikah awal, nant masuk 40an anak nampak sebaya hehe.. “
” Masya Allah macam perempuan arab turkey bakal menantu Abby ni. Anak teruna Abby ni mirip Norman.. “
Cantik sungguh bakal menantu Abby ini dan besannya juga kelihatan masih muda. Sepadan Danish dan pasangan bak pinang dibelah dua. Semoga segala yang dirancangkan oleh Danish dan pasangan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan oleh Allah sehingga ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi, IG Danishhakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

