Artis / Selebriti
” Wow amazing suara dia, perfect Ratu ni.. ” – Komen Netizen
Video persembahan pengenalan anak Linda Jasmine, Tengku Ratu di sidang media Talk To My Manager 2 curi perhatian warganet. Wah sedap suara Ratu, santai je menyanyi..
Siri realiti TV, Talk To My Manager kembali untuk musim kedua (TTMM2). Sebagaimana tahun lalu, tahun ini juga menampilkan peserta dan manager yang hebat-hebat belaka. Salah seorang yang menjadi sorotan ramai adalah peserta terakhir iaitu anak kepada Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM dan Tiktok Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan pengenalan Ratu di sidang media TTMM2. Kemunculan Ratu dan Linda menggamatkan suasana.
Siapa sangka, anak dara Linda dan Que ini berbakat dalam bidang nyanyian. Suara Ratu mendapat pujian daripada warganet. Ratu yang mewarisi kecantikan ibunya ini kelihatan seperti kembar Linda. Raut wajah kacukan Ratu menjadi daya tarikan selain bakat nyanyiannya itu.

Ramai yang menjangkakan, Ratu antara yang akan menyerlah dalam TTMM2 nanti. Sekian lama Linda tidak aktif di kaca TV, akhirnya peminat Linda akan dapat melihat aksi Linda dan Ratu saban minggu di kaca televisyen selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak Let’s gooo Ratu! Talk To My Manager Musim Ke-2 🗓️ Bermula 19 April 2026 🕰️8.40 Malam | Checkout TTMM S2 ⏰ 9 Malam | Main Show 📺 Astro Ria, Sooka dan Astro One Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari Rm69.99/sebulan. #TalkToMyManagerMY #AstroOne #sookamalaysia #JomUsha #Eskayvie
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pergh ni kalau dpt lagu yg kena dance, xyah risau.. cikgu ready 24 jam ajar kt rumah.. Amy mat piah x jadi penyanyi.. dia hantar anak dia plak.. “
” Dia ni Model n dancer , setakat dance seminit je dia hafal step.. Ini mesti menari hebat macam maknya.. mummy dan anak sama cantik.. “
” Cntiknya ssedpnya suara ratu ank abg jamil yg ni serba blhhh tmbh ii menari petik jari ja dh blh hafal step cikgu depan mata kot.. “
” Like mother, like daughter.. Lawa betul anak beranak.. Cantiknya Ratu ni.. berbakat pula tu.. dah macam penyanyi international.. “
” Dari dia kecik mmg follow tengok dia membesar, bila dh besar mmg cantik dan berbakat. Emak cantik bapak lawa anak tentu molek.. “
” Pandai menyanyi macam ayah dia.. serba boleh ratu ni.. cantik sama macam mummy dia jugak.. sedap suara dia.. boleh jadi saingan pada anak pak azad sebab dua-dua kaki dancer.. “
” Wow amazing suara dia.. perfect ratu ni.. sebab tu nampak dia belajar vokal dengan Mark Adam.. cantik macam mak dia, mata iras mata que.. “
Ratu ada bakat dalam nyanyian dan pentas TTMM2 ini akan menyerlahkan lagi bakat yang Ratu ada. Semoga Ratu dapat memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu. Good luck Ratu dan Linda dan semoga berjaya sehingga ke peringkat akhir. Mesti ramai tak sabar nak tengok Ratu dan Linda bergabung menari di atas pentas.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

