Artis / Selebriti
” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
Video penampilan anak sulung Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu di sebuah majlis fesyen sebagai model curi perhatian ramai. Wah cantiknya Tengku Ratu ni, wajah dia nampak elegant sangat. Macam international model..
Perkahwinan Que Haidar dan Linda Jasmine dikurniakan dengan 2 orang cahayamata iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra. Kedua-duanya memiliki kecantikan mereka yang tersendiri. Tengku Ratu dikatakan mirip wajah Linda, manakala Tengku Cleopatra pula lebih kepada wajah Que.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fariza Zairul, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penampilan istimewa Tengku Ratu sebagai model di satu acara fesyen. Tengku Ratu yang memiliki ketinggian seperti Linda kelihatan berkeyakinan sepanjang acara tersebut.
Melihat wajah Tengku Ratu, ramai di kalangan warganet memberikan pujian. Tengku Ratu memiliki wajah yang unik dan klasik. Ada juga yang menyamakan kecantikan Tengku Ratu ini seperti puteri negara Eropah. Darah kacukan yang mengalir dalam badan Tengku Ratu membuatkan anak dara Que dan Linda ini tidak jemu dipandang.

Sekadar info, Tengku Ratu bakal menginjak usia 17 tahun dan pada usianya ini, bakatnya dalam peragaan semakin dikenali. Menerusi satu temubual sebelum ini, baik Que mahu pun Linda merestui keinginan anak mereka ini untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
Jom tonton video di bawah :
@fariza_zairul #lindajasmine #farizazairul #artismalaysia #tengkuratuhaidar #quehaidar
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lawanya, masya Allah Tabarakallah.. makin cantik Tengku Ratu ni.. tak puas tengok muka tengku ratu ni.. dia ada aura.. “
” Cantik sangat tengku ratu ni.. Dari Singapore Sekali pandang mcm isteri fizz fairuz muda muda.. “
” Cantik Tengku Ratu.. tapi que dan Linda jodoh tak panjang. memang akak minat dengan diorang.. “
” Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.. saling tak tumpah cantik macam ibu nye Linda Jasmin.. mata ayah nya Que Haidar.. “
” Cantiknya Tengku Ratu ni. muka dia classic.. mak dia lawa tu anak pun mengikut kecantikan maknya.. padan dengan tengku Ahmad ni.. “
” Cantiknya Ratu, SubhanAllah.. cantik semula jadi anak dara que dan Linda ni.. muka dia ni macam princess negara Eropah.. klasik tapi cantik.. “
” Nak kata orang jepun, ada. nk kata mat Saleh pun ada. Apa perasaan Que tengok ank Dara dia secantik ini ya.. ni baru boleh ckp cantik.. mekap nipis tpi menyerlah mirip bapa nya.. lengguk ibunya.. “
Semakin menyerlah kecantikan Tengku Ratu itu. Bidang peragaan sangat bersesuaian dengan Tengku Ratu dan pastinya ramai yang tidak puas menatap wajah Tengku Ratu itu sepanjang Tengku Ratu memperagakan busana. Semoga Tengku Ratu terus maju jaya dan menjadi seorang model yang berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fariza Zairul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

