Artis / Selebriti
” A go go pop ye yeh versi Jebat Jayden, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Comel Jebat Jayden Berjoget Di Hadapan Cermin Mencuit Hati Warganet. Amboi Jebat, Bukan Main Suka Dapat Pakai Baju Baru. Makin Handsome Jebat Dengan Imej Rambut Baru Dia Tu !!
Antara anak selebriti yang menjadi tumpuan warganet adalah anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. Bakal memasuki usia 5 tahun pada tahun ini, Jebat dilihat seorang kanak-kanak yang ceria dan kelakar.
Ada sahaja video yang dikongsikan di media sosial tentang gelagat comel Jebat pasti mencuit hati ramai yang menontonnya. Meninjau di akaun Instagram Srikandi.79 telah memuatnaik satu video terbaru Jebat.
Dalam video itu, Jebat sedang berdiri di atas kerusi dan berjoget sambil melihat dirinya di cermin. Gelagat comel Jebat sedang menari itu telah dirakamkan oleh salah seorang ahli keluarganya. Kedengaran Jebat telah bertanyakan kepada wanita tersebut adakah baju yang dipakainya itu kelihatan besar.

Sempat Jebat memegang rambutnya yang baru sahaja digunting baru-baru ini seolah dirinya sudah kelihatan begitu bergaya. Manakala menerusi video kedua pula, telah dikongsikan gambar Jebat memakai baju yang bertulis ‘I love Madinah ‘ .
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa terhibur melihat gelagat comel Jebat yang rancak menari. Komen tersebut adalah :
” A go go pop ye yeh versi Jebat Jayden haha.. Sebiji ayah dia betul.. Handsome lah budak pandai ni, kejap dah besar.. “
Alahai Jebat, bukan main lagi berjoget atas kerusi. Mungkin Jebat seronok sangat dapat pakai baju baru dan gembira dengan imej rambut barunya. Makin hari makin bertambah kacak anak Sharnaaz Ahmad ini, patut lah ramai peminat si Jebat ni.

Baru-baru ini Jebat berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama ibu tersayang, Noor Nabila. Banyak video Jebat di tanah suci dikongsikan oleh Nabila dan menarik perhatian ramai melihat telatah Jebat yang begitu tekun menunaikan solat di Tanah Suci.

Silakan SHARE..
Sumber : IG srikandi79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

