Artis / Selebriti
” Abah dah cuak dah bila Raudhah bagi harga. Pecah peluh dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak DS Aliff Syukri, Raudhah Arshiyah membantu abahnya menjual barangan secara live buat ramai terhibur. Kali ni Dato’ Aliff kalah teruk, Raudhah punya marketing lagi power. Sampai terkedu lah Dato’ Aliff masa dengar Raudhah bagi harga, haha..
Bagi yang gemar mengikuti usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, pasti mengetahui bahawa Dato’ Aliff seorang yang sangat aktif dalam dunia perniagaan. Boleh dikatakan hampir setiap hari Dato’ Aliff menjual produk secara live di akaun TikTok. Setiap sesi live tersebut berjaya menarik perhatian ramai.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok PapaMama Terlajak Laris, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Dato’ Aliff bersama anak perempuannya, Raudhah Arshiyah sedang menjual peralatan memasak iaitu senduk. Gelagat dua beranak ini ketika berniaga mencuit hati penonton.
Raudhah dilihat sangat pandai berniaga, malah kepetahan dan keletahnya ketika bercakap untuk menarik perhatian pembeli kelihatan begitu comel. Cara penyampaiannya yang spontan membuatkan ramai tidak kering gusi melihatnya.

Bukan itu sahaja, warganet turut berseloroh mengatakan bahawa Raudhah bakal mengambil alih tempat bapanya suatu hari nanti. Menerusi video itu juga, Dato’ Aliff dilihat seakan-akan terkedu apabila mendengar cara anaknya menjual dengan begitu menyakinkan.
Tonton video di bawah ini :
@papamamaterlajaklaris Jangan mintak harga bukan2 ngan Raudhah ya.. #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #raudhah #aliffsyukri #papamamaterlajaklaris
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Raudhah dan Dato’ Aliff. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Wehhhhh 1st time tengok papa tak boleh mencelah tau.. Betul2 bertemu buku dengan ruas ni, hahahahaha.. “
” Ok, aku dah nampak dah.. Raudhah pengganti Aliff Syukri, haahhaha.. Tak sempat nk celah ayat bapak dia.. Mcm popcorn meletopss raudhah jdi host live.. “
” Abah dah cuak dah bila Raudhah bagi harga.. Hahhaha pecah peluh dibuatnya.. Baru dia tahu Raudhah lagi power meniaga.. “
” Amboi, talented betoi bdk ni… Habis la Dato Aliff.. Raudhah jadi pelaris senduk pulak dah, marketing power lah.. “
” Weehhh dh ade pelapis semoga maju jaya.. Baru papa nye tahu penat dgn ank nye bercakap.. Banyakkkkķkkkk.. “
” MasyaAllah subhanaAllah, hahaha comel celoteh Raudah, abah terdiam dah jadi nya dgr Raudah bercakap tak berhenti, ala hai ank solehah ni.. “
” Baru laa sy npk dato alif kalah hahaaha buku bertemu ruas.. Odah ni pintarrr sgt, selagi dia tak tidur selagi tu laaa sound dia tbuka.. “
Perkongsian video ini menghiburkan ramai dan dalam masa yang sama memaparkan hubungan rapat antara ayah dan anak. Keletah mereka bukan sahaja mencuri perhatian, malah turut menceriakan hari para penonton yang mengikuti siaran tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papamamaterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

