Artis / Selebriti
” Abang Ajai dah pandai bergurau yer sekarang. Malu Dayang kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ajai mengusik Dayang Nurfaizah dengan Hael Husaini ketika Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore buat ramai terhibur. Malu-malu Dayang bila Ajai minta Hael bangun berdiri..
Umum mengetahu beberapa hari lalu komposer terkenal, Ajai atau pemilik nama penuh Mohamad Faizal Maas telah mengadakan konsert di Singapura yang dinamakan sebagai Konsert By Ajai & Mega Friends. Konsert tersebut menampilkan Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul, Asmidar dan penyanyi cilik yang juga anak kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra.
Meninjau di akaun TikTok milik nama yxnxjhr, telah dikongsikan video yang memaparkan Ajai ada mengusik Dayang sebelum membuat persembahan di konsert By Ajai & Mega Friends. Menerusi video itu, pada awalnya Dayang mengucapkan terima kasih kepada Ajai.
Walau bagaimanapun, Ajai mencelah dan berkata kembali kepada Dayang, tidak kah Dayang tidak mahu memberikan kata ucapan terima kasih kepada seorang lagi ‘abang’ yang turut ada bersama hadir pada konsert tersebut. Rupanya, ‘abang’ yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.

Bukan itu sahaja, Ajai juga meminta Hael untuk bangun berdiri dan dalam masa yang sama, kedengaran semua penonton memberikan tepukan gemuruh apabila mengetahui kehadiran Hael. Selepas itu, Dayang berkata kepada Hael ‘ thank you for coming’.
Tonton video di bawah ini :
@yxnxjhr_ “Abang lagi satu datang?” 🙈🙈🙈 #ajaiandmegafriendssg #ajaiandmegafriends #konsertajaimegafriends #fyp #fypsg #fypmalaysia #dayangnurfaizah #haelhusaini
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Thank you for coming”…bunyi arkward sgt tu kenapa, haha.. Abang Ajai dah pandai bergurau yer sekarang, haha.. Malu Dayang kena sakat, haha.. “
” Notty juga Ajai ni, hahaa.. Hael datang lah, sweet betul.. “
Seloroh Ajai, dia turut gembira apabila melihat ‘adik-adiknya’ bergembira dan kata-kata Ajai itu juga membuat semua berdekah ketawa. Sekadar info, menerusi konsert itu Dayang membawakan lagu bertajuk Seadainya Masih Ada Cinta.

Malu-malu Dayang kena usik dengan Ajai. Apa-apa pun, terbaik persembahan daripada Dayang. Mungkin kehadiran Hael itu juga untuk memberikan semangat kepada semua rakan-rakan yang membuat persembahan pada malam itu. Andai ada jodoh, pasti tak ke mana, kita doakan yang baik-baik buat Dayang dan Hael.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok yxnxjhr_, IG haelhusaini, dayangsayangkamu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

