Artis / Selebriti
” Abang rindu nak hidup macam dulu.. ” – Abdur Rahman
Muatnaik Gambar Ahli Keluarganya Yang Telah Pergi, Coretan Rasa Abdur Rahman Untuk Arwah Ibu, Abi Dan Adik-Adiknya Menyentuh Hati Ramai. Sebaknya Baca Luahan Hati Rahman !!
Genap setahun sejak negara digemparkan dengan berita kemalangan tragis yang mengakibatkan 6 sekeluarga m4ut. Amir Ruddin Ismail, Norahimah Noor Muhamad, Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi disahkan meninggal dunia dan dikebumikan dalam satu liang lahad.
Pemergian 6 sekeluarga ini meninggalkan kesan yang besar terhadap anak sulung Amir Ruddin, Abdur Rahman. Hari demi hari dilalui oleh anak muda ini dengan tabah, namun sesekali hati Rahman dijentik juga rasa rindu terhadap ibu, abi dan adik-adiknya yang telah tiada.
Menerusi perkongsian terbaru Rahman di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar kenangan yang memaparkan keluarganya itu. Sekuat mana juga Rahman menahan rasa rindunya, akhirnya kesedihan Rahman diungkapkan menerusi bingkisannya itu.

Rahman kini sedang menyambung pengajiannya dan terkilannya hati Rahman kerana keluarganya itu tiada bersama. Rindu hati Rahman untuk hidup seperti dahulu tetapi Rahman tahu itu tidak mungkin akan terjadi. Kapsyen Rahman membuatkan ramai warganet yang menangis membacanya.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian oleh Rahman ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rindu yg paling sakit ialah rindu kpd yg telah tiada. Rahman teruskan langkahmu. pasti kejayaan menanti.. “
” Aduhai sedihnya baca.. hebat dugaannya untuk orang yang hebat.. Aman.. teruskan perjuanganmu wahai anak.. Kami semua mendoakan yg terbaik buatmu.. “
” Masih jatuh lagi air mata ini membaca coretan aman ini…. Allah bg ujian yg hebat buat kamu.. sebab kamu anak yg kuat.. “
” Baru je nangis pasal adik yg 1 lagi tu. rindu yg paling sakit pada orang yg telah tiada rindu yg tiada penghujungnya. xmampu nk suruh sabar, akak yg hilang abah je dh rasa separuh nyawa hilang.. “
” Pagi-pagi dah buat kita sedih… Aman dan duo teruskan perjuangan sampai berjaya dan jgn pernah putus asa.. “
” Sedihnya. aku la.. klo post aman je.. pasti akan banjir.. kuat aman kuat.. Akak doakan dri jauh buat aman dan dollah.. Allah ganti kan kesedihan aman dengan aman dapat kejayaan dunia akhirat.. “
” Tiba-tiba airmata berlinang.. sabar ya aman.. Aman buat mama banjir pagi2 ni…. nak tulis Komen pun tak kuat …. blank.. “
Antara gambar lain yang dikongsikan oleh Rahman :


Bukan perkara yang mudah untuk redha dan berdamai dengan takdir. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rasa rindu pada keluarga yang telah pergi jauh nun di sana yang tidak akan ada penghujungnya. Semoga Rahman terus kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan tanpa ibu dan abi di sisi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amannnnnn_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

