Artis / Selebriti
” Adoi Datin terus nyanyi ye bila dah dapat apa yang berkenan, kelakar lah tengok.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Datin Shahida dan anaknya, Qadejah memujuk Dato’ Aliff mahu membeli barangan kemas buat ramai terhibur. Sampai melompat-lompat Datin dengar Dato’ Aliff bagi beli. Kelakar betul dua beranak ni, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan keluarga usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri, pasti akan terhibur dengan telatah setiap ahli keluarganya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Dato’ Aliff iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Datin Shahida bersama anak perempuan mereka, Qadejah berada di sebuah kedai emas.
Namun, apa yang mencuit hati ialah gelagat Datin Shahida dan Qadejah ketika menelefon Dato’ Aliff untuk memujuk membeli barangan kemas di kedai tersebut. Kedengaran Qadejah berkata kepada ayahnya yang harga emas kini sudah turun dan ibunya berminat dengan beberapa rekaan barangan kemas yang ingin dibeli.
Tidak disangka, Dato’ Aliff bersetuju dan berkata agar mereka memilih apa sahaja yang diinginkan. Mendengar kata-kata itu, Datin Shahida dan Qadejah kelihatan begitu gembira hingga melompat kegirangan. Bukan itu sahaja, Datin Shahida sempat menyanyikan sebuah lagu sebagai tanda terima kasih kepada Dato’ Aliff.

Perkongsian video tersebut turut mengundang tawa dalam kalangan warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat dua beranak itu ketika membeli barangan kemas. Usik warganet, hanya Datin Shahida sahaja yang mampu memujuk Dato’ Aliff. Sehingga kini, video berkenaan telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video tersebut dan terhibur menonton telatah Datin Shahida serta Qadejah. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan oleh warganet ialah:
” Adoi Datin terus nyanyi ye bila dah dapat ape yang berkenan, kelakar lah tengok.. Datin je bleh tundukkan harimau jadian tu..”
” Adoii 2 beranak ni rahang aku sakit tersengih2…..Murah rezeki Dato bahagiakan isteri dan anak2.. Amin.. “
” Cess ni macam da terlebih matang aku tengok. Dahh kenapa aku senyum sorang sorang .. Suka tgok bonding anak beranak ni. Dah macam kawan dah datin dgn cess.. “
” Hehehe, moga diluaskan rezeki datin sekeluarga. Samalah kita datin, nk mnta takut, tp tk cuba tak tau kan… Akhirnya ank dara n mama pun dpt sekali.. “
” Dgn aku tersenyum sekali hahaha mcm tgk dri sndiri.. Mcm nilah pompuan.. Time nk beli pape merayu rayu meleleyyy.. Time tgh baran ko jgn tego hahahaha..”
” Sampai ke sini dia punya bahagia boleh rasa eh… Nampak datin kali ni memang happy betul2 lah, hehee.. Comel je perangai dua beranak ni..’
” Hahahha.. Klakor, dapat beli emas terus nyanyi untuk suami. Ces dah jadi kawan mama.. Sy pon dh brkawan ngan anak 10tahun sy.. “
Kapsyen yang ditulis oleh Datin Shahida juga mencuit hati. Menurut Datin Shahida, mudah sahaja untuk memujuk Dato’ Aliff, dengan hanya perlu sedikit pujuk rayu dan pujian, pasti berjaya. Apa-apa pun, semoga Dato’ Aliff terus dimurahkan rezeki kerana sentiasa membahagiakan isterinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

