Artis / Selebriti
” Adoi depa ni, habis celaru. Aku pun naik pening, haha.. ” – Netizen
Video Lan Pet Pet Live Bersama Zain Saidin Dan Zaquan Adha Buat Ramai Terhibur. Bila Biras-Biras Berborak, Habis Pening Nak Panggil Abang Ke Adik. Dan Lagi Mengumpat Kak Ipar Dorang Ni. Lawak Sungguh Lah !!
Menerusi akaun Tiktok ninaabdulghafar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat 3 biras popular, iaitu Lan Pet Pet, Zain Saidin dan Zaquan Adha membuat live bersama. Semua tahu ketiga-tiga figura ini menikahi adik beradik pelakon dan usahawan terkenal, Che Ta atau Rozita Che Wan.
Zaquan membaca satu komen mengatakan Zaquan dan Lan Pet Pet menikah dengan adik kepada Che Ta. Memandangkan Che Ta adalah anak kedua, Zain adalah ‘abang’ kepada Zaquan dan Lan Pet Pet. Yang muda menjadi ‘abang’ kepada yang lebih berusia, mula lah pening kena panggil abang ke adik.
Zaquan pula baru perasan jika adik beradik isterinya ini semuanya bermula dengan huruf R. Dimulai dengan Rahimah, Rozita, Robitah, Roshidi, Rohaiza, Raudhah dan Rafiudin. Lan Pet Pet membuat kelakar apabila mengajuk kakak ipar sulungnya, Kak Mah.

Comel sahaja Lan membuat gaya Kak Mah mengaji. Terbahak si Zaquan ketawa dengan jenaka spontan Lan. Selepas itu, Zain pula membuat lawak apabila menyebut nama Raudhah. Dah bunyi Arab terus dah tu Zain. Apabila 3 biras bergabung, meriah terus suasana.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ninaabdulghafar Pening depa nih 😂😂😂 Taktau mana nak panggil abang, mana nak panggil adik dah.. Huhuu Tapi best gila family ni.. Riuh rendah #lanpetpetsenario #zainsaidin #zaquanadha #rozitachewan #ayuraudhah
Sehingga kini, lebih 15 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biras dengan biras berborak, aku pun naik pening haha. Biras jenis ramah-ramah semua, lucu pulak tu.. ”
” Paling berdekah bila Zaquan cakap, depa semua tu besan.. nak cakap biras sebenarnya. Sekali kena bongok dari Lan Pet-Pet haha.. ”
” First time dengar lan cakap luar.. tapi awat kedah jadi kedeh haha. dia mengusik sapa xtaula tu.. kedah di key ell kn jd kedeh hahaha.. ”
” Kiranya lan dengan zaquan biras gitu kan senang haha.. habis celaru. adoi depa ni haha.. mengata kak mah tu lawak.. ajuk eh lan haha.. ”
” Pening depa ni haha. bila biras bergabung.. seronok ekk balik raya, semua lepak dengan yang femes-femes.. ”
” Lan Pet pet walaupun Tua dlm ramai2 tu tapi dia pangkat adik kan.. Zain walaupun Umoq muda tapi Pangkat Abang kan .. Kena makan Panadol pening kami pun.. ”
” Haha ni macam family aku la.. yang tua kawen dengan muda, yang muda kawen dengan tua hehe.. Persatuan biras bersatu.. ”
Lan juga yang untung jadi ‘muda’ walaupun paling tua. Kecoh ada biras yang lawak macam ni, seronok mendengar celoteh masing-masing. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ninaabdulghafar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

