Artis / Selebriti
” Adoi Kak Lina, lawak lah dibawa berlari Datin tu gara-gara nak dengar bunyi barang kemas, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Elly Mazlein menemani Datin Shahida dan Dato’ Aliff ketika membeli barang kemas 1.5 juta buat ramai terhibur. Riuh rendah jadinya bila tiga-tiga ni bergabung. Kecoh habis, haha..
Beberapa hari lalu, telah dikongsikan oleh usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri di akaun Instagram miliknya sebuah video yang memaparkan Dato’ Aliff membawa isterinya, Datin Shahida ke kedai emas dan menghadiahkan barangan kemas yang nilainya jutaan ringgit.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai. Ada yang mengatakan suka melihat cara layanan Dato’ Aliff terhadap Datin Shahida. Terbaru, meninjau di akaun Instagram kedai_emas_merchant9, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Elly Mazlain menemani Datin Shahida dan Dato’ Aliff di kedai emas tersebut.
Menerusi video itu, sempat Elly menyakat Datin Shahida dengan memegang Datin Shahida membawa lari ke sana dan ke sini gara-gara mahu mendengar bunyi barangan kemas yang dipakai oleh Datin Shahida. Bukan itu sahaja, telatah Dato’ Aliff bergabung bersama Elly juga mencuit hati.

Kata warganet, gabungan mereka bertiga ini dilihat sangat sesuai dan memeriahkan suasana. Sehingga kini, perkongsiam video itu telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka daripada wargananet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur menonton telatah Elly, Datin Shahida dan Dato’ Aliff. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Adoi Kak Lina, lawak lah dibawa berlari ke sana ke sini Datin tu gara-gara nak dengar bunyi barang kemas, haha.. Kelakar sangat.. “
” Siapa yang rosak kan siapa ni, adoii berdekah aku tengok lah.. Baru tahu bila tiga ni bersama, terus jadi riuh rendah suasana, hahaa. “
” Dh padan la toklep dgn kepom, sama2 energetic, mmg kelakooo.. Sekali datin pun jadi kelakoooo.. Mungkin toklep dan datin bakal jadi duta.. “
” Hahahahha semuanya comel.. Kak Lina jarang-jarang tahan ketawa.. Kali ni dia memang kalah lah dengan Dato’ Alip, hahaha.. “
” Kak lina dgn dato aliff mmg patit digandingkan bersama. Sama2 hyper. Very high energy.. Menceriakan keadaan betul lah.. “
” Banyak kali shoot tak ni.. Keras perut gelak weh tengok perangai masing-masing.. Menjadi betul kelakar dorang ni, hahaha.. “
” Riuhhhh kedaiii hahaha.. Sekali mulut terikut Meechanttt999999.. Datin pn dah masuk air macam 2 di sebelah tu juga lah.. “
Seronok sungguh Kak Lina menyakat Datin Shahida. Paling tak sangka, Datin Shahida pun dah join sekali masuk air sekali dengan Kak Lina dan Dato’ Aliff. Apa-apa pun, semoga semakin murah rezeki Dato’ Aliff kerana tidak lokek menghadiahkan hadiah yang mahal seperti ini kepada isteri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kedai_emas_merchant9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

