Artis / Selebriti
” Adui aku lah kan, penat ketawa tengok anak beranak ni. Menyanyi ke membaca, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan Ammar Ahyan menyanyi lagu Mama Papa Raya secara live buat warganet terhibur. Adoi dengar Dato’ menyanyi dah mengekek ketawa, masuk Amayan lagi berdekah dibuatnya. Hehe..
Lagu raya terbaru daripada usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida serta anak-anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra berjudul Mama Papa Raya menjadi antara lagu raya yang paling mendapat sambutan daripada warganet.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris dan Tiktok Shahidadherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Ammar hadir ke konti Era sebagai tetamu jemputan untuk slot 3 Pagi Era.
Lagu raya mereka sekeluarga ini menjadi topik perbincangan utama bersama penyampai Era, Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad. Sempena kehadiran mereka ke stesen Era, Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Ammar menyanyikan sedikit sedutan lagu ini secara live.

Suara Dato’ Aliff menyanyi menghiburkan hati warganet dan menjadi bahan usikan warganet. Ammar pula menyanyi seakan membaca dan ianya menggeletek hati warganet. Datin Shahida sememangnya memiliki suara yang lunak dan merdu.
Jom tonton video di bawah :
@shahidadherbs2 Alhamdulillah selesai Live bersama Geng 3 Pagi Era. Dah hampir 2 juta ya tontonan di Youtube lagu Mama Papa Raya. Terima kasih tau support. Abaikan je lah suara papa😂😂
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sungguh indah syair dia, haha berdekah aku.. Bakat nyanyian Dato betul2 turun kt Amayan la. Terbaik haha.. terhibur, semoga Dato’ Aliff dirahmati Allah selalu.. “
” Adoi lagu apa dato nyanyi ni haha.. tone suara Dato ni payah nak tiru. Patut la jadi penyanyi no syatu.. “
” Dato buat saya confius nihh, Dato nyanyi atau bersyair. Amayan tu menyanyi ke membaca.. adui aku lah kan.. penat ketawa tengok anak beranak ni.. haha.. “
” Amayan kenapa macam papa ni haha.. menurun papa sangat ni. kelakar sungguh ds aliff syukri ni. Amayan double kelakar haha.. “
” Suara Datin paling sedap. Nasib ada datin, boleh cover suara Dato dengan amayan tu.. “abaikan jah suara Papaa”… tak pernah x lucu.. “
” Haha Amayan. macam tu lah dia kan.. kenapa aku nak ketawa dengar amayan dengan papa nyanyi eh.. nasib baik datin masuk. baru tahu lagunya haha.. “
” Haha adui Amayan.. hancur bila dato aliff masuk oiii.. datin nyanyi sedap sangat.. kelakar betul penyanyi no 1 ni.. “

Kelakar mendengar nyanyian Dato’ Aliff dan Ammar. Namun pujian boleh diberikan kerana anak dan ayah ini tetap memberikan kerjasama yang baik demi menjayakan lagu raya tersebut. Semoga Dato’ Aliff sekeluarga kekal bahagia dan gembira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliffsyukri, Tiktok Datin Shahida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

