Artis / Selebriti
” Afwa dalam malu-malu menyanyi juga.. ” – IG InaiJari
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Anaknya, Muhammad Afwa Menunjuk Bakat Menyanyi Kepada Sufian Suhaimi. Amboi Afwa Siap Goyang Badan Lagi Sambil Menyanyi Depan Abang Pian. Malu-Malu Tetapi Mahu, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram InaiJari, satu video Muhammad Afwa telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Instastory Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan ia dirakamkan ketika Dato’ Seri Siti bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Dato’ Seri Siti menginap di Taaras Beach and Spa Resort dan turut berada di sana ialah penyanyi Sufian Suhaimi. Ketika meluangkan masa bersama Sufian, Dato’ Seri Siti meminta anaknya Muhammad Afwa menunjukkan bakat menyanyi di hadapan Sufian.
Pada awalnya Afwa kelihatan seperti tidak mahu menyanyi, mungkin kerana Afwa agak malu. Namun apabila Dato’ Seri Siti memulakan nyanyian, Afwa kemudiannya menyambungkan lagu tersebut. Afwa tetap nampak m4lu-m4lu untuk menyanyi berhadapan dengan Sufian.

Afwa menyanyi sambil memaling wajahnya ke arah lain. Tetapi Afwa tetap nampak enjoy sambil mengoyangkan badan serta tangannya. Mulut Afwa kelihatan begitu comel, siap terkumat kamit menyanyi walaupun suaranya agak perlahan.
Jom tonton video di bawah :
Hal ini membuatkan Sufian sendiri berasa terhibur melihat gelagat Afwa menyanyi sambil bergoyang-goyang. Nampaknya Afwa ada bakat menyanyi seperti ibunya juga. Kecil-kecil dah pandai menghiburkan orang lain. Ger4m betul melihat gelagat comel Afwa ni.

Dato’ Seri Siti bercuti di Pulau Redang tanpa Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa kerana suaminya itu berada di Pulau Langkawi, Kedah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Dato’ Seri Siti, Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk, inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

