Artis / Selebriti
” Akhirnya mereka sudah bersatu. Tahniah Syafiq dan Mimi.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar sekitar majlis pernikahan Syafiq Kyle dan Mimi Lana buat peminat teruja. Wah diam-diam akhirnya sudah selamat bernikah lah sweet couple ni. Tahniah Syafiq dan Mimi..
Meninjau di akaun Instagram stesen radio Hot FM, Era, telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan pelakon kacak, Syafiq Kyle atau nama penuhnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak telah selamat mendirikan rumahtangga bersama pelakon Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin hari ini.
Sama cantik dan sama padan pasangan pengantin mengenakan baju pernikahan mereka berwarna putih. Menerusi kenyataan sebuah media, majlis pernikahan Syafiq dan Mimi ini telah berlangsung secara tertutup di kampung halaman Mimi iaitu di Taiping, Perak.
Selain itu, penyampai radio Era, Radin juga berkongsi beberapa gambar yang memaparkan dirinya turut hadir di majlis perkahwinan Syafiq dan Mimi. Perkongsian gambar-gambar serta video sekitar majlis perkhawinan pasangan ini telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada warganet.

Komen warganet, mereka sangat gembira dengan Syafiq dan Mimi yang kini sudah bergelar pasangan suami isteri serta menitipkan doa buat pasangan tersebut. Terdahulu, berita perkahwinan Syafiq dan Mimi mula tersebar selepas pasangan itu berkongsi gambar cincin di akaun Instagram masing-masing.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan memberikan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Akhirnya mereka sudah bersatu. Tahniah Syafiq dan Mimi.. Alhamdulillah akhirnya. Moga bahagia sampai Syurga ya korang.. “
” Alhamdulillah tahniah buat kedua2nya.. Happy sangat tengok mereka dah bergelar suami isteri.. Bermacam2 mereka dah tempuh.. “
” Alahaiiiii sweettttt.. Tahniah Mimi, akhirnya Mimi dan Syafiq menjadi suami isteri.. Semoga sentiasa bahagia hingga ke syurga.. “
” Alhamdulillah, tahniah2.. Tumpang happy sangat.. Semoga perkahwinan korang bahagia sentiasa. Selamat menjalani bahtera rumah tangga.. “
” Alhamdulillah, finally my fav person nikah… Semoga berbahagia.. Diam2 yer korang buat kerja, hehehehe.. Apa2 pun, happy sangat tengok.. “
” Ni yang kami nantikan dan harapkan sebagai peminat.. Alhamdulillah, kuat sayang Mimi dan Syafiq, semoga bahagia yer.. “
” Syafiq dia nk org pertama yg upload gambar kawen dia, sbb tu dia tak nk org dtg majlis nya.. Tak blh ambik video. Tp kita suka dia dh kawen.. Alhamdullilah.. Tahniah bebb.. “
Kalau sudah jodoh, walaupun pernah tidak jadi bernikah, akhirnya dengan izin Allah bersatu juga sebagai suami isteri. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Syafiq dan Mimi. Didoakan semoga perkahwinan kalian ini akan sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, era.je, radin_era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

