Artis / Selebriti
” Aku tahu scene ni, sorry tergelak. Amboi Hawa, menganjing ni, haha.. ” – Netizen
Video Parodi Photoshoot Raya Namie Dan Hawa Rizwana Buat Warganet Terhibur. Amboi, Macam Pernah Tengok. Part Nak Pakaikan Butang Baju Melayu Last Tu Lain Macam. Berdekah Gelak, Haha !!
Penyampai radio Era FM, Namie dan Hawa Rizwana antara gandingan serasi yang sering membuatkan pendengar tertawa dan terhibur dengan celoteh mereka. Tidak hanya di radio, menerusi kebanyakan video yang dikongsikan oleh pihak Era juga membuatkan ramai terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video parodi yang dilakonkan oleh Hawa dan Namie. Temanya adalah photoshoot raya dan parodinya berkisar mengenai salah satu video photoshoot yang viral dan menjadi perbualan hangat beberapa hari yang lalu.
Hawa bijak memainkan karakternya, dengan ekspresi muka dan body language yang membuatkan warganet terhibur melihatnya. Amboi Hawa, siap menggerakkan jari jemarinya itu. Namie pula seperti biasa, memang tak pernah tak lawak.

Part paling mencuit hati warganet adalah ketika Hawa memasang butang Baju Melayu. Namun versi Namie dan Hawa, lain daripada versi asal. Dari belakang memang macam sama, tetapi rupa-rupanya berbeza. Kelakar reaksi muka Namie, tercekik halkum ke tu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kemain putar tangan tu Hawa haha.. part butang bju tu memang lawak lah.. Mata memg main peranan, sama btol.. Mata yg rasa puas sakit kn hati org lain.. Hahaha.. ”
” Muka Hawa memang main peranan lah haha.. Makin lawak Hawa ni, sekepala dengan Namie haha.. keras perut weh tengok photoshoot ni.. ”
” Hahahahhahahaha siot la nami tercekik woi tolongg.. Mcm pernah tgk tp dimana ya hah.. Part mata tu.. ”
” putar² tgn tu ada magic ke, tercekik member belakang tu haha.. masalahnya si namie tu xcakap apa pun tp nampak kelakar.. ”
” Siot lah haha, relate sangat ni. Hawa menganjing memang A betul.. Tangan tu sama betul eh.. mimik muka tu aku tak boleh la.. penat ketawa.. ”
” Aku tahu.. aku tahu scene ni.. sory tergelak.. Amboi Hawa, menganjing ni.. muka hawa main peranan ya.. ”
” Menjadik eh, buat hal betul lah korang ni. Betul-betul masuk air dorang ni haha.. hawa boleh masuk content lawak mega.. ”
Menjadi betul video ‘ photoshoot‘ Namie dan Hawa ini, terhibur semua yang menonton. Semakin lama, semakin lawak Hawa ni, mungkin ‘berjangkit’ dengan perangai ‘masuk air’ Namie. Apa-apa pun, ini hanya lah hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



