Artis / Selebriti
” Aku tak boleh lah character Una ni, menyirap tengok. Bila je dia puas hati dengan orang, haha.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman datang audition untuk pencarian Live Host Pak Mat Western. Wah ini memang betul-betul menepati ciri-ciri yang Fattah Amin cari sebelum ni. Tapi kenapa Una nampak macam tak puas hati je dengan Amira tu, haha..
Baru-baru ini tular video Fattah Amin mencari wanita bujang yang berusia dalam lingkungan 30 tahun. Antara ciri-ciri yang dicari oleh Fattah adalah wanita yang bijak, pandai bercakap, ceria dan beradab. Bonus jika wanita itu pandai berlakon dan menyanyi. Rupa-rupanya ciri-ciri yang diperkatakan itu adalah untuk Live Host produk Pak Mat Western.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Intagram Pak Mat Western Cafe, telah dikongsikan video Amira menghadiri audition di Pejabat Pak Mat Western untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Fattah itu. Audition ini dikelolakan oleh team marketing Pak Mat Western iaitu Icha dan juga Una.
Selepas lulus stage pertama, Amira kemudiannya dibawa ke restoren Pak Mat Western untuk meneruskan ujian untuk stage ke 2. Menerusi video ini, Amira telah dibawa ke beberapa bahagian tempat penyediaan makanan dan juga minuman keluaran Pak Mat Western.

Dapat dilihat di awal video itu, Una memainkan karakter seperti tidak berpuasa hati dengan Amira. Mimik mukanya betul-betul memainkan perasan. Jangan salah faham, Una cuma menjayakan karakternya sahaja untuk content video ini. Semoga tidak ada yang mengecam.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka dan lebih 200 komen yang direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Pernah terserempak amira othman depan depan, dia mmng cantik. Terpesona sikit, sebb lagi cantik real life.. ingtkn una dah tggi.. rupanya amira lagi tnggi.. “
” Ica dok buat terpana terpaku.. watak una mmg gitu kna ego sikit. Tu la nama dia pnarik cerita.. kalau suka ja mna ada cabaran.. “
” Aku takleh laa character una ni.. bila je dia puas hati ngan orang hahahaha.. Tinggi juga akk amira ni.. Amira ni segak sguh la.. “
” Waaahhh berbakat.. saya suka amira othman.. una da tinggi. mira Lagi tinggi. terbaik.. Jenuh la ica nak langut.. Jgn jeles una. Ang tetap no1.. “
” Aik.. ini bukan suruh pilih.. ini terus dapat.. siap dah tunjuk kaunter order.. itu bukan calon.. itu masuk kerja sudah.. Muka amira mcm ranee Mukherjee la.. “
” Laju kan dorang buat keje.. Dah sesuai lah Amira tu…. Berbakat pun.. Una tu jeles kan sebab ada pesaing abg fattah baru.. Nyirap tengok muka unaa eiii.. “
” Mmg merdu sungguh la suara amira ni.. mendayu2.. una muka tak puas hati sebab amira othman nak caras job dia ka, hahaha.. Sepadan dgn boss hampa.. kami suka.. “

Walaupun ini hanyalah lakonan atau content sahaja, namun ramai yang berharap Amira dapat menjadi Live Host produk Pak Mat Western untuk tahun 2025 ini dan dapat bekerjasama dengan Fattah Amin. All the best buat Amira untuk penilaian dengan Boss Fattah nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

