Artis / Selebriti
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video nyanyian duet Thalita dan Matin buat ramai terpegun. Wah bukan Thalita je suara sedap, suara Matin pun padu. Hebat lah Matin..
Jika sebelum ini anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah, Thalita mencuri perhatian ramai dengan alunan suaranya yang seakan-akan suara Siti Sarah. Malah kali pertama Thalita membuat persembahan di hadapan khalayak ramai, ianya meraih jutaan tontonan di media sosial.
Thalita yang bertekad untuk menjadi penyanyi seperti ibunya kini giat berlatih setiap hari. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita menyanyikan lagu Kehilangan dendangan asal Firman Siagian.
Tidak berseorangan, kali ini Thalita ditemani adiknya, Matin. Siapa sangka Matin juga ada bakat menyanyi sama seperti Thalita. Suara Matin boleh tahan sedap dan lunak. Tulis Shuib di kapsyennya berbunyi ‘ Matin pun ada barang laa’ dan ternyata Matin ada bakat terpendam.

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Lahir dalam keluarga seni, sedikit sebanyak pasti tempiasnya akan terkena juga. Atok Raissuddin dan ibu mereka penyanyi yang hebat dan tidak mustahil anak-anak arwah Siti Sarah ini akan menjadi seorang yang hebat juga suatu hari nanti.
Jom tonton video di bawah :
Suasana ketika Thalita berlatih bersama Matin :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ala kalahh la dektaaa macam ni. Wehhhh sedapp doo suara matin.. Lock lah macamni.. matin siap expressoo i like.. “
” Sedapnya suara Matin.. try minta matin pulak nyanyi full.. Matin dah macam Akim lah.. ada bakat jugak matin ni.. “
” MaTin ada Barang BOIIKK.. Xpresions MeNyala.. Wah matin pun suara bleh tahan… Sedap.. nak suara matin lagi.. “
” Woww shedapp suara matin.. next matin pulak nmpk gayanya pandai menyanyi.. siap harmonise mayonise lagi.. “
” Wow harmonised tetiba tekejut kita.. Suara dekta mmg unik + sedap.. suara matin tu In shaa Allah leh g jauh tu.. “
” Low key itu sangat susah ya but she’s good.. Matin tak kosong laa gaiss.. matin pun ada barang.. lock matin.. next nak dengar suara full ok.. “
” Wow amazing nya suara Matin ni.. duet best ni.. terbaik lah matin dan thalita.. legasi ibu bakal diteruskan.. ”
Baru sedikit sahaja Matin memperdengarkan suaranya, sudah membuatkan ramai yang teruja. Darah seni ibu mengalir dalam diri Thalita dan Matin juga. Selepas ini , boleh lah Matin pula menyanyi dalam versi penuh. Ramai yang tak sabar hendak mendengar alunan suara Matin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

