Artis / Selebriti
” Ala sedih la baca kapsyen untuk Ameena ni. Hati auto jadi sayu.. ” – Netizen
Perkongsian Video Dan Ucapan Selamat Hari Lahir Daripada Fizi Ali Buat Anaknya, Ameena Sofia Buat Warganet Tersentuh. Luahan Hati Seorang Ayah, Alahai Touching Sangat !!
Bagi seorang yang bergelar ayah, kebahagiaan seorang anak adalah impiannya. Teguh dan kuatnya seorang ayah kerana ingin memberikan yang terbaik untuk darah dagingnya. Begitu juga lah yang dirasai oleh penyampai radio Hot FM, Fizi Ali.
Dikurniakan seorang cahayamata bernama Ameena Sofia, Fizi amat menyayangi anaknya ini. Perkahwinannya sebelum ini gagal dan terputus di tengah jalan, namun Fizi tetap berusaha untuk menjadi ayah yang paling terbaik untuk Ameena.
Meninjau akaun Instagram Fizi, telah dikongsikan video kenangan Fizi bersama Ameena sejak Ameena lahir sehingga sekarang. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Ameena dan Fizi menitipkan ucapan istimewa untuk puteri kesayangannya ini.

Ucapan Fizi itu menyentuh hati warganet. Tidak seperti bapa lain yang ada masa yang banyak bersama Ameena, Fizi berjanji setiap kali mereka bertemu Fizi akan memastikan Ameena menjadi orang yang paling bahagia. Biar lah apa sahaja yang orang kata, yang penting bagi Fizi adalah Ameena.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Fizi ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy Birthday Ameena Sofia. May Allah keep you under His protection day & night, wherever you may be. In sha Allah. Amin.. ”
” Anak yg dari broken family hadir.. bila sebut pasal ayah ni.. hati auto jadi sayu.. sy tetap syg ayah sy.. walau satu dunia membenci dia sekalipun.. walau org2 terdekat ckp itu ini pasal ayah sy.. tapi ayah sy paling sy sayang.. ”
” Ala sedih la baca kapsyen untuk Ameena ni. Happy birthday Ameena sayang. Semoga menjadi anak yang solehah untuk daddy dan umi ye.. ”
” rezeki Ameena tau dpt daddy yg berusaha untuk Ameena. Sedih lak sy rasa sbb anak sy tak dapat semua tu daripada bapak kandung dia.. ”
” Happy Birthday Ameena. semuga jadi anak yg solehah. sihat selalu. Jangan risau daddy Ameena akan buat yg terbaik untuk awak. sebab daddy awak adalah daddy yg terbaik di dunia.. ”
” Ucapan seorg ayah ni lah buat hati ni sayu… Allah tahu apa yg ada dlm hati seorg ayah.. smoga fizi dan amena tabah dlm. ujiann ini dan berbhgia sllu aamiin yra.. slmt hri lahir ameena.. dady awk syg sgt kt awk.. ”
” Sedihnya… Apepun cinta pertama seorang anak perempuan ialah bapanya… Happy Birthday to Ameena … Semoga jadi anak yg solehah untuk umi,daddy dan semua… insyaAllah.. ”
Allah lebih tahu segala isi hati Fizi tetapi semua pun tahu Fizi adalah bapa yang penyayang dan bertanggungjawab untuk Ameena. Selamat ulangtahun kelahiran Ameena Sofia daripada kami di Berita Kopak. Semoga segala kebahagiaan milik Ameena dan menjadi anak yang solehah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizi Ali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



