Artis / Selebriti
” Alhamdulillah cantiknya rumah, rezeki anak tu.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Di Hadapan Rumah Baru, Perkongsian Harris Annuar Tarik Perhatian Warganet. Wow Tersergam Indah, Besar Dan Cantik Rumah Harris !!
Sebelum ini, kisah perkahwinan pelakon Harris Annuar bersama Asha Merican telah membuat ramai peminat terkej0t. Manakan tidak, kisah percintaan mereka langsung tidak dapat dihidu oleh media dan sehinggalah mereka berkongsi gambr majlis perkahwinan mereka.
Diam tak diam kini usia perkahwinan pasangan ini telah pun 1 tahun dan mereka telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada bulan Februari yang lalu. Terbaru meninjau di akaun Instagram, Harris telah berkongsi satu berita gembira kepada umum.
Memuatnaik gambar bersama isteri dan anak di hadapan sebuah banglo tiga tingkat, Harris mengatakan sedang berada di rumah baru mereka. Sebelum ini, pernah dikongsikan oleh Harris rumah tersebut masih diubah suai dan turut berkongsi beberapa ruang di dalam rumah itu.

Sehingga kini, perkongsian oleh Harris telah menerima belasan ribu tanda tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wow tiga tingkat rumah pasangan ni, kalau dilihat dekorasi yang dibuat oleh Harris sebelum ini memang nampak klasik seperti suasana resort.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Harris sekeluarga kerana sudah memiliki rumah baru. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah cantiknya rumah, rezeki anak tu.. Tahniah Harris dan isteri.. Tumpang happy dengan kejayaan korang.. “
” Tahniah alhamdulillah nice house.. Semoga dikurniakan sakinah mawaddah warahmah.. Aamiin.. Ger4m tengok si kecil tu, comel.. “
” MasyaAllah tabarakallah.. Mabrook.. Cantik betul rumah.. Comelnya Medina, menjadi anak solehah berjaya dunia Akhirat.. “
” Alhamdulillah rezeki kahwin, rezeki anak.. Tahniah Harris.. Hastag tu paling tak tahan, hahahaa. Hello jiran, hehehehe.. “
” Besarnya rumah, cantik.. Suka tengok pasangan ni dari awal kahwin sampai lah ada anak.. Semoga murah rezeki selalu.. “
” Besarnyaaa rumah.. Boleh Medina nk main lari2 puas-puas nanti.. Alhamdulillah semoga dilimpahi rezki yg berganda selepas ini.. “
” MashaAllah tabarakallah cantik nya… Doakan kami juga dapat murah rezeki akan dapat rumah sebesar dan secantik ini.. “
Cantik sungguh rumah, murah rezeki pasangan ini setelah memiliki anak. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah kepada Harris dan Asha kerana memiliki rumah baru. Semoga rumahtangga kalian akan terus bahagia serta kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisannuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

