Artis / Selebriti
” Alhamdulillah selesai majlis maulud dan cuk0r jambul.. ” – Dr. Puteri Julia Nabilah
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Maulud Dan Cuk0r Jambul Cucu Dato’ Ziela Jalil, Tun Alayna Zeeya and Tun Ameena Zeeya. Comel-Comel Cucu Dato’ Ziela !!
Meninjau ke akaun Instagram Dr. Puteri Julia Nabilah iaitu anak kepada penerbit dan pelakon, Dato’ Ziela Jalil, beberapa gambar sekitar majlis Maulud dan Cuk0r Jambul anak-anaknya, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya tempoh hari telah dikongsikan.
Bertemakan warna merah, semua tetamu yang hadir termasuk beberapa rakan artis turut mengenakan pakaian mengikut tema. Manakala dua orang puteri Dr. Julia pula kelihatan sangat manis mengenakan gaun berwarna putih.
Majlis cuk0r jambul ini diadakan untuk anak kedua Dr. Julia iaitu Tun Ameena Zeeya yang dilahirkan pada 14 Januari lepas. Majlis nampak begitu meriah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Perkongsian Dr. Julia ini telah menerima lebih daripada 6 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Nampak cantik sekali potret keluarga Dr. Julia dengan anak-anak yang cukup comel dan secantik ibunya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Untuk rekod, Dr. Julia merupakan anak sulung Dato’ Ziela menerusi hasil perkongsian hidupnya bersama Allahyarh4m Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Anak kedua Dato’ Ziela merupakan anak lelaki bernama Megat Jufri Nasrullah.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kedua-dua cucu Dato’ Ziela, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akh1rat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Julia Nabilah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

