Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, tengok siapa ibu yang mendidiknya. Terbaik Kak Erma.. ” – Netizen
Erma Fatima Kongsi Video Gelagat Anaknya, Nurain Yang Asyik Mengaji Al-Quran Di Dalam Kereta. Alhamdulillah, Sejuk Mendengar Bacaan Nurain Ni. Untung Erma !!
Memiliki anak yang cintakan Al-Quran sememangnya dambaan ramai ibu bapa. Apatah lagi bulan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, pahalanya melebihi berganda-ganda daripada bulan-bulan yang lain.
Bagi Erma Fatima, dirinya beruntung kerana memiliki anak-anak yang baik dan mendengar kata. Meninjau akaun Instagram Erma, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan gelagat anak perempuannya, Nurain ketika mereka berada di dalam kereta.
Rakaman ini diambil secara diam-diam oleh Erma. Nurain kelihatan sedang asyik mengaji Al-Quran dan tulis Erma di kapsyennya berupa pertanyaan berbunyi ‘ Anak siapalah yang Allah kirimkan pada aku ? Alhamdulillah ‘.

Mendengar bacaan Nurain yang lancar itu, peminat turut memuji suara bacaan Nurain. Alhamdulillah, Erma juga ibu yang baik dan berjaya mendidik anak-anak dengan ilmu dunia dan agama yang bagus. Bangga hati seorang ibu melihat anak sebegini kelakuannya.
Jom tonton video di bawah :
Video perkongsian oleh Erma ini mendapat perhatian dan sehingga kini lebih 40 ribu tontonan direkodkan. Tidak hanya memuji Nurain, peminat juga memuji cara didikan Erma. Antara komen-komen mereka :
” Masya Allah, Alhamdulillah. Kak Erma pun ada peranan jugak, good mother. Hebatnya didikan kak Erma pada anak-anak.. “
” Hebatnya, m4lu pada diri sendiri. Alhamdulillah, anak siapa tengok siapa ibu yang mendidiknya. Tentulah Kak Erma terbaik dalam didikan agama anaknya.. “
” Bagusnya dia, suka tengok Ain ni. Alhamdulillah syukur, kiriman Allah… tahniah keranna berjaya mendidik ank yg comey sgt ni.. “
” Alhamdulillah… untung kak Erma… pakej lengkap… dah lah cantik, berakhlak mulia pulak tu. Saham akh1rat untuk kak Erma.. “
” Untungnya, alhamdulillah anak solehah. Rezeki, cantik pulak tu. Didikan yang baik dari kak Erma membuahkan hasil.. “
” Subhana Allah, moga anak anak saya juga jadi macam tu jugak. Such an inspiration, anak yang hebat dari ibu yang hebat mendidiknya.. “

Alhamdulillah, berkat didikan yang diberikan, Erma sudah mula nampak hasilnya kini. Seperti kata peminat, sudah lah cantik, pandai pula mengaji. Semoga Nurain sentiasa menjadi anak yang solehah dan pendamping setia Erma.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima, IG Cintaainasofea
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

