Artis / Selebriti
” Alhamdullilah. Anak mami yang cantik.. ” – Atikah Suhaime
Datin Atikah Suhaime kongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata sulung. Alahai sedapnya nama anak Atikah, unik sangat..
Meninjau ke akaun Instagram Atikah Suhaime, perkongsian terbaru Datin Atikah telah meraih perhatian ramai. Atikah telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan. Lyla Mulan Teh merupakan nama permata hati Atikah dan suami.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram ini dilahirkan secara normal pada jam 5.17 petang tadi. Atikah dan suami pastinya berasa teruja dengan kelahiran bayi sulung mereka ini dan bayi ini dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.
Sekadar info, Atikah merupakan pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Malaysia. Atikah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Lokman Teh pada tahun lepas yang merupakan seorang usahawan produk berjenama Zaitun.

Perkongsian ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kelahiran puteri sulung mereka ini telah menjadi penyeri rumahtangga Atikah dan Datuk Lokman Teh. Pasti comel baby pasangan ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah buat Atikah dan suami. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Congratulations dear and alhamdulillah.. Pretty mommy with the lovely princess.. tgk dari tepi pun nampak cantikkkk.. “
” Alhamdulillah Semoga kelahiran buah hati pertamamu menjadi berkah dan membawa kebahagiaan yang melimpah.. “
” Tahniah datin therealatikahsuhaime Selamat berpantang semoga dpermudahkan segalanya aamiin Takecr.. Pretty Mommy! Welcome on board Lyla Mulan.. “
” Semoga anak ini membesar dgn penuh kaseh sayang seperti ibunya dan berkewibawaan ahklak yg baik. Menjadi seseorang yg cemerlang didunia dan berbahagia diakhirat. Aamiin Allhumma Aamiin.. “
” Tahniah Tika n husband dpt bby girl semga bby n mommy siht..selmt berpntg tika.. Congrats sis! Welcome to babymoon! Selamat berpantang.. “
” Tahniahhhh..syukur alhamdullilah..selamat berpanfang yunk .. Alhamdulillah tahniah Datin Atikah Suhaime.. Bertambah anak online.. “
” Masha’Allah tabarakallah.. alhamdulillah dh selamat ibu n bby.. semoga sehat2 sj.selamat berpantang mami.. Alala cutenye Disney princess vibes.. “
Bertambah bahagia kehidupan Atikah dan suami. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Atikah dan suami atas kurniaan cahaya mata sulung. Semoga Atikah sentiasa sihat dalam menjalani tempoh berpantang dan dipermudahkan segala urusan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Atiqah Suhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

