Artis / Selebriti
” Aloo deboknya, kus semangat Zafran ni. Terlebih yis, cute sangat.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Zaki Azeman, Rizqy El Zafran Yang Kini Sudah Berusia 6 Bulan Buat Ramai Naik Geram. Fuh Semangatnya Zafran Sekarang. Senyum Macam Abe Jaa, Lesung Pipit Macam Zaki, Mata Sepet Macam Raa. Bulat Dan Comel Sangat !!
Umum mengetahui yang Zaki Azeman menikahi adik kepada Jaa Suzuran iaitu Raa Suzuran. Pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Rizqy El Zafran. Si kecil yang dipanggil Zafran ini sudah pun berusia 6 bulan dan membesar dengan sihat.
Meninjau entry terbaru Raa Suzuran di akaun Tiktoknya, telah dimuatnaik satu video terbaru Zafran bersama Zaki. Dapat dilihat Zaki mengangkat Zafran dan menghalakan wajah Zafran ke arah hadapan. Zafran yang mudah terhibur dan ketawa ini membuatkan ramai yang geram dengan senyumannya.
Baru 6 bulan sudah ‘sebulat’ ini tubuh Zafran. Berkulit putih gebu serta ditambah pipi dan badan yang ‘berketul-ketul’, siapa sahaja yang tidak geram melihat Zafran. Patut lah sebelum ini Zaki ada mengatakan dia tidak larat untuk dukung Zafran lama-lama kerana tersangat chubby.

Memetik komen warganet, ramai yang mengatakan wajah Zafran kelihatan seperti Abe Jaa. Zafran yang juga memiliki lesung pipit di sebelah kiri dan kanan pipinya kelihatan sama seperti lesung pipit Zaki. Semakin besar semakin si cilik ini.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@raasuzurann MashaAllah Alhamdulillah My son ❤️ 👕👖 ; @kaysandkins 🫰🏻
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 95 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Senyum macam Abe Jaa, lesung pipit tu macam Zaki, mata ikut Raa.. geram.. dgn pipinye tembam tu.. dgn lesung pipitnye.. ”
” Ee geramnya, senyum macam pak sedara dia je. tembamnya lah si comel ni. Pipi tu simpan pau ke Zafran.. cute sangat ni.. ”
” Semangatnya baby Zafran ni, geram tengok senyum tu. Extra yis ni punya lah chubby dia sekarang.. mana tak lenguh tangan daddynya haha.. ”
” Semangat nyer Comey terpikir larat ke kak raa angkat debok nie lama lama.. gebunya lah Rizqy el zafran ni.. comel dooh.. ”
” Maknya kecik jer, anak semangat.. comel sgt. Membesar dengan sihat encem boy.. lesung pipit tu cair tengok.. ”
” Kus semangat, chubby nya Zafran ni.. pipi dia tu eee geram sangat. Macam gegula kapas la, gebu betul.. ”
” Aloo debok deboknya, comelnya.. Senyum macam Abe Jaa lah.. Ada lsung pipit kiri kanan alahaii.. cute sangat.. ”

Alahai Zafran, macam ni punya chubby mana lah mummy dengan daddy larat nak dukung lama-lama. Mahu terseliuh pinggang menampung berat si Zafran ini, hehe. Semoga Rizqy El Zafran terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Raasuzuran, IG Raasuzuran, IG Rizqy El Zafran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



