Artis / Selebriti
” Amayan oi, jangan lah tunjuk sangat muka kena paksa tu, kau ni memang jujur betul lah.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ammar Ahyan menari bersama Dato’ Aliff Syukri ketika mempromosikan satu platform e-dagang buat ramai terhibur. Alamak Amayan, dah macam belon berjoget kat stesen minyak tu lah Amayan. Muka redha kena paksa tu memang tak boleh blah, haha..
Sebut sahaja nama anak sulung usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, pasti ramai akan terbayang telatahnya yang bersahaja namun kelakar. Ammar sekarang mempunyai ramai peminatnya yang setia mengikuti perkembangan Ammar dari semasa ke semasa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik satu platform e-dagang, telah berkongsi satu video yang memaparkan Ammar dan Dato’ Aliff Syukri mempromosikan platform e-dagang tersebut. Apa yang mencuit hati adalah telatah Ammar yang seolah seperti terpaksa membuat video itu.
Lihat sahajalah cara Ammar menari atas pentas, seolah-olah cuba memaksa diri menari dan melakukan pelbagai gaya kelakar. Bukan itu sahaja, ketika Ammar bersama Dato’ Aliff, Ammar turut memberikan reaksi ‘pasrah’ melihat telatah ‘masuk air’ ayahnya itu.

Perkongsian video Ammar bersama Dato’ Aliff ini juga mengundang tawa warganet. Seloroh warganet, Ammar seorang anak yang jujur dan reaksinya itu sudah memberikan gambaran perasaan dirinya sebenar. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih tiga ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amayan oi, jangan lah tunjuk sangat muka kena paksa tu, kau ni memang jujur betul lah.. Muka dia memang kelakar betul.. “
” Buatlah macamana..Acik bagi 1000/10 utk Ammayan… Asalkan gerak jadi lah tu menarinya anak, hahaha.. Cute pun cute tengok.. “
” Dia terpaksa tuuu… kena paksa dgn ayahnya.. Ammar ni anak yang paling jujur, tak pandainya dia nk buat drama bagai.. “
” Mcm patung angin yg melambai2 kt dpt petron lah Ammar, hahahaa.. Keras perut tengok Ammar menari, terpaksa betul.. “
” Nasib anak Dato ramai. Kalau Ammar sorg jer kot rambut Dato tinggal sehelai, hahahaha.. Yang lain ok, Ammar je ni lain.. “
” Sapa yg tak gelak lg harini tgh bersedih ka takda mood ka boleh tgk video ni.. Mesti terus berdekah tau, rugi tak tengok.. “
” Jujur sgt orangnya Anak bujang Dato Aliff ni..dr riak muka, dia seorang anak yg baik.. Kepak2 tgn ja Amayan hahaha.. “
Ammar buat lah gaya apa-apa pun, tetap akan diminati ramai. Part reaksi Ammar melihat Dato’ Aliff tengah menari mencuit hati ramai, betul-betul muka ‘redha’ dengan perangai masuk air ayahnya itu. Semoga lebih banyak lagi video perkongsian mengenai Ammar selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shopee_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

