Artis / Selebriti
” Amboi Amir dah pandai ye. Bagi pickup line terus.. ” – Netizen
Video Amir Sisi Membuat Trend Popular Versi Saya Amir Mencuit Hati Warganet. Wah Amir Ajar Bahasa Temiar Lah. Yang Last Tu Amboi, Bukan Main Lagi Ye Amir. Melting Tau !!
The Chosen One menaikkan nama Amir Sisi di serata pelusuk negara. Aura Amir ini masih lagi hangat dirasai sehingga kini walaupun rancangan realiti itu telah pun berlalu. Kini, Amir mengorak langkah lebih lebar dan banyak mendapat tawaran untuk rancangan di saluran Astro.
Kampung Puasa, Kampung Puasa Ngaji dan Rioh Rimba antara program yang dijayakan Amir yang bakal bersiaran di Astro Ceria. Dek kerana semakin banyak terdedah kepada dunia luar, Amir semakin banyak kemajuannya berbanding ketika mula beraksi di TCO dulu.
Meninjau akaun Tiktok Astro Ceria, telah dikongsikan satu video Amir yang memaparkan Amir membuat trend viral di Tiktok versi ‘Saya Amir’. Menyelitkan beberapa perkataan dalam bahasa suku kaum Temiar, ianya menghiburkan dan mendapat perhatian daripada warganet.

Gelagat Amir yang semakin berani di hadapan kamera menyenangkan hati warganet. Part Amir mengatakan caranya menyebut ‘ sayang ‘ dan membuat simbol mini love membuatkan ramai yang cair. Dah pandai bagi pickupline lah si Amir ni sekarang.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@astroceria Boleh tahan juga @amirunukofficial ni panggil “Sayang” eh! 😂😜 Lain macam! Terus tersenyum dibuatnya 🥰😍 Akan datang Kampung Puasa, Kampung Puasa Ngaji & Rioh Rimba di Astro Ceria. #kampungpuasa #kampungpuasangaji #rohrimbaonceria #riohrimba
Lebih seribu komen telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik lah Amir… semoga Allah permudahkan semua urusan Amir dan Guru2 yg sentiasa bersama Amir.. ”
” Amboi2 unuk dh pandai ye… sayang unuk selamanya. kakak doakan moga jdi anak yg soleh n berjya dunia akhirat.. ”
” Salam Amir twrima kasih ajak bahasa Temiar… nenek pun sayang Unuk.. comel yg last sekali tu, amir bagi pickup line terus.. ”
” Amboiiiii ….. amir pandai dah ye.. teruskan usaha terjemah bahasa termiar ni Unuk, boleh kami diluar ni faham jugak sikit-sikit.Terima kasih.. ”
” Adik Amir dah pandai bercakap sekarang.. bagus satu kemajuan.. dah pandai dah dia, tak malu-malu macam dulu.. ”
” Aww mini love lah, unuk makin pandai bercakap lah. dah pandai bergurau senda lagi.. moga unuk terus maju jaya ke depan.. ”
” Alaa so sweet, mini love daripada Amir.. Terus tangkap cintan dengan Amir ni.. part last yang paling mahal hehe.. Amir Amir.. berbunga-bunga hati.. ”
Semakin hari semakin kurang sifat pemalu Amir, yang penting Amir sudah banyak bercakap dan pandai berinteraksi depan kamera. Mini love yang Amir buat boleh nencairkan hati ramai orang. Apa-apa pun, semoga Amir terus berjaya dan menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


