Artis / Selebriti
” Amboi dia punya taranum, idgham bukan main lagi.. ” – Netizen
Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Membaca Beberapa Surah Al-Quran Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Betul Dengar Wira Mengaji, Siap Bertaranum Lagi. Sejuk Perut Ibu Yang Mengandung !!
Ardy Wira, anak kepada selebriti Betty Rahmad ini antara si cilik yang sering menjadi perhatian warganet. Meskipun baru sahaja berusia 4 tahun, Wira seorang kanak-kanak yang cerdik dan petah berkata-kata.
Meninjau di akaun Instagram, Betty ada memuatnaik satu video yang memaparkan Wira yang comel memakai kopiah sedang membaca beberapa surah Al- Quran. Pada awalnya, Wira memulakan bacaannya dengan surah Al-Fatihah dan dua lagi surah iaitu Al- Ikhlas serta surah An- Nas.
Tulis Betty, sudah menjadi kebiasaan buat Wira sebelum tidur, Wira akan membaca surah-surah tersebut. Gelagat comel Wira bertaranum ketika membaca surah-surah ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Sehingga kini, video Wira itu telah menerima lebih 10 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Wira, bijaknya dia. Sekejap sahaja dah besar anak teruna Betty ni, makin comel.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang suka melihat gelagat Wira dan dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan semoga Wira menjadi anak yang soleh serta pencinta Al Quran apabila sudah dewasa nanti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amboi dia punya tarranum, idgham bukan main lagi.. Hai lah anak soleh, sejuk perut ibu dia mengandung.. “
” Siap bertaranum lagi tuuu.. Ma sya Allah.. Semoga Wira membesar menjadi ahlul Quran ya sayang, amin.. “
” Subhanallah.. Wira ada suara yg lunak.. Blh jdi imam nnti, in sya Allah.. Tahniah buat ibubapa Wira, mg mnjadi anak soleh dunia akhirat.. “
” Wahai Wira Yang Soleh. Nti selalu la tgok live solat di masjidilharram.. Blh ikut imam baca al- fatihah. Gaya tu dah ada.. “
” Tang goyang kepala tu yg aunty tak tahan tuh.. Semoga cucu aunty jadi bijak mcm Wira jugak, in sya Allah.. “
“Bijaknya anak soleh! Moga Wira jd pencinta Al-Quran satu hari nanti, amin2. Dari dulu suka tengok Wira, comel sangat.. “
” Lancarnya dia mengaji, alahai bijak betul Wira. Suka dengan cara Betty didik anak, semoga Wira menjadi saham akhirat Betty nanti.. “
Menarik perkongsian Betty tentang bagaimana cara dirinya melatih Wira mengaji, boleh lah ibu bapa di luar sana mencuba cara seperti Betty ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga Wira terus menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

